Gelombang Rakyat

BLOW - Komen Bernas Paloi Malau, Sasha2020, Sedeey - Kita Dan Sultan Perak...

Telah saya nyatakan, jika buruk itu bukan dari kita. Bila ini jadi standard nasional, maka semua pihak tahu, barangkali ada nyamok yang berlagak gajah.

Kita kekalkan diri sebagai insan yang mulia. Dalam jalinan hubungan sesama manusia. Berikut komen saya terima di BLOW.

Sesama dikongsi untuk renungan bersama...

paloi bin mulau said...

Assalamualaikum,

ini berkenaan tindakan sesetengah penyokong pr yg agak keterlaluan terhadap Sultan Azlan. teman lagi suka kita ambil tindakan yg lembut.

teman percaya tindakan Sultan Azlan ada hikmahnya. kenape kita tidak ambil sesuatu yg positif dari keputusan itu.

teman percaya tindakan najib mengumumkan secara terbuka pada 4hb telah memberi tekanan kepada baginda. ini satu tindakan yg jahat kepada baginda. ingin mengheret pihak istana supaya amno nampak baik saje.

baginda tiada pilihan melainkan memberi kuasa kepada amno. tetapi dlm masa yg sama baginda telah meletakkan beban yg besar pada amno. ramai yg tak nampak benda ini.

beban yg besar teman maksudkan adalah 2 biawak hidup dari pkr dan mahkamah. apakah amno mampu menepis persepsi rakyat yg matang dan waras?

semua org sudah tahu apa keputusan mahkamah nanti. seperti juga rakyat telah tahu keputusan mahkamah bila anwar dibicara dulu.

apakah dua adun itu akan disabit bersalah? tentu tidak. runtuhlah kerajaan amno perak jika mereka bersalah. budak tadika pun tahu.

jadi gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kebobrokan amno. inilah hadiah yg Sultan Azlan beri kepada rakyat malaysia dan perak khususnya untuk terus meluat kepada amno dan mencampak mereka pada pru 13 nanti.

kita perlu ingat raja2 melayu pernah dihina oleh amno suatu ketika dulu. jadi inilah balasan yg Sultan Azlan mahu amno terima.

jadi kita sebagai penyokong PR jangan lepaskan peluang perang psikologi ini untuk menghentam amno dan mencelikkan pengundi atas pagar. teruskan perjuangan.


sasha2020 said...

Terimalah dgn hati yg redha. Pakatan Rakyat Perak tumbang bukan sebab UMNO atau BN. Ianya tumbang kerana ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah. Tiada kuasa lain yg mampu melainkan dgn izin Allah. So, terima ajelah. Saya rasa PR sekarang masih didalam keadaan " denial" iaitu masih tak boleh menerima kenyataan dan realiti.
Sabar ajelah...Tunggu PRU 13. Mari sama-sama kita berusaha meningkatkan ekonomi dan bekerja untuk rakyat jelata.


sasha2020 said...

Ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah keatas apa yg berlaku kpd PR di Perak sebenarnya mungkin sebagai pembalasan atau peringatan kepada orang yg angkuh, penipu besar, munafik dan lidah bercabang.
Orang ini juga boleh dipanggil sbg Raja Katak Lompat sebab selepas dia ikat semua EXCO Perak, dia pergi memburu MP BN untuk melompat parti. Masa tu tak pernah nak terfikir cara macam tu tak baik sebab membelakangkan suara rakyat yg telah membuat keputusan semasa PRU 12 dan memilih BN untuk memerintah. Sekarang, baru pada muka. Tapi bila dah terkena ke batang hidung sendiri, yg peliknya, dia punya nada dan alasan dah berlaian. Itu sebab saya kata dia ni perosak , penipu, munafik. Jangan ambil dia jadi pemimpin.


Sedeey said...

Salam....

saya setuju dgn komen paloi dan shsha2020, ada kebenaranya....setiap yang Allah tentukan ada hikmahnya tersendiri, ambil yang positif....

mungkin YB Nizar tu hamba Allah yang disayangi Allah, Allah uji sedikit...ingatlah sebagaimana firman Allah yang bermaksud "apakah cukup sekadar kamu berkata kami beriman sedangkan kamu boleh diuji seperti umat umat terdahulu"

terima lah qada & qadar Allah ini dengan penuh ketundukkan padaNya, ingatlah dunia ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal abadi, yang kita kejar dan menjadi matlamat ialah kebahgaiaan di akhirat....dunia ni sebagai alat


sasha2020 said...

Kesian Nizar, dah kena pecat pun masih bersuara lantang lagi. Aku tahu itu sebenarnya bukan kehendak dia. Dia dah jadi puppet kepada DSAI, dan semua pemimpin PR. Yang paling frust sebenarnya ialah DAP. DAP pun biasalah, kalau boleh biar melayu berpecah dan orang benci istana. Itu yg disuruhnya si Nizar buat.
Ada berita terkini yg aku dengar, satu lagi kejutan akan berlaku di Perak. Nizar mungkin akan keluar dari PAS dan jadi ahli Bebas sebab dah tak tahan kena tunggang oleh PKR dan DAP. Dia pun frust dgn PAS sebab ikut aje cakap PKR dan DAP. Aku dengar jugak ADUN PAS yg lain pun mungkin ambil tindakan yg sama. Kita tunggu dan lihat.


sasha2020 said...

Kepada semua penyokong PR, hormatilah Sultan. Beliau tahu apa yg beliau buat. Beliau pun bukannya buta undang2. Bekas Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam pun setuju dgn apa yg Sultan buat sebab dalam bidang kuasa Sultan yg termaktub dlm perlembagaan. Nak cakap apa lagi. Kepada yg Melayu dlm PR tu, tak apalah...sebab jatuh pun pada orang Melayu jugak. Kalau dulu majoriti EXCO ialah bukan Melayu (DAP), skrg ni melayu. Oklah tu...Baru adil. Negeri Majoriti melayu tapi EXCO majoriti bukan melayu. Nasib baik tak kekal lama.

Terima kasih...

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Saya akan ulas komen mereka melalui pos saya kelak. InsyaAllah.

Apa yang penting kini ialah keputusan Sultan Perak dan kita.

Saya telah baca pandangan beberapa Peguam yang memblog. Berikut satu daripada 6 yang memberi pandangan akan legality keputusan Sultan Perak.

About Me

My Photo
Mohd Sarisffuddin Ismail
Just another concerned citizen ...with access to the internet.
View my complete profile



Gambar: SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, semalam berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. – BERNAMA

Friday, February 06, 2009

Kuasa Budibicara Sultan

di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak

Setakat pemahaman saya, bahawasanya bukan setakat peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan Perak juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan menggunapakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya). Untuk konteks lihat di sini.

Sambungan di sini:

http://lawyer-kampung.blogspot.com/2009/02/kuasa-budibicara-sultan-di-bawah-undang.html

Semua pihak perlu fahami proses. Lantaran kita tidak mengeluarkan kata yang tidak molek, dan tidak pula tepat.

1 comments:

paloi bin mulau said...

saudara,

terima kaih kerana highlight komen saya tersebut. kita boleh baca di sini aljazeera telah pun menembak najib dengan peluru yg Sultan Azlan hadiahkan.

http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2009/02/20092694014601362.html

The Barisan Nasional (BN) claimed control of the state government after the three elected representatives, two of whom are facing corruption charges, quit their parties and backed the ruling party as independents.

lu tengok hehehe...facing corruption...amende la lu ni. itu pun mau cilok.