BLOW - Lawak Pemimpin - Saya Desak Dia Letak Jawatan Secepat Yang Boleh..!
4 Comments
»
Wartawan 1: Apa pandangan Datuk Seri mengenai Exco 1 yang tangkap gambar passport di kedai foto?
Datuk Seri: Itu tidak patut. Saya desak dia letak jawatan secepat yang boleh.
Wartawan 2: Ini pulak ada bukti Exco 2 makan daging lembu masak kurma di restoren tengahari tadi. Respons Datuk Seri?
Datuk Seri: Ini soal daging. Tak patut. Saya desak dia letak jawatan secepat yang boleh.
Wartawan 3: Ini ada klip video pemimpin kerajaan negeri pergi shopping hari Ahad di Kompleks Beli-belah, guna kereta sendiri. Apa respons Datuk Seri?
Datuk Seri: Ini soal kereta. Dia tidak patut buat begitu. Saya desak dia letak jawatan secepat yang boleh.
Wartawan 4: Ini ada sepuluh fail bukti yang nyata, pemimpin yang main politik wang, amal rasuah, beri sampul berisi wang, hadiah kain pelikat, dan selepas menang bertanding bawa rombongan pengundi pergi melancong. Respons Datuk Seri?
Datuk Seri: Ini parti mana ni?
Wartawan 4: Pemimpin parti Datuk Seri sendiri.
Datuk Seri: Ini kita kena kaji dulu. Selepas dikaji maka disemak. Selepas disemak, dikaji semula. Selepas 100 tahun, barulah kita fikirkan apakah tindakan disiplin yang wajar dikenakan terhadapnya.
...
He'-eleh!!!