BLOW - Perubahan Pemimpin & Kepemimpinan - Pilihan Kita..! Malaysiakini
0 Comments
»
Zubli Zainordin
Perdana Menteri Malaysia dulu sekarang dan akan datang:
Abdul Rahman
Abdul Razak Hussein
Hussein Onn
Mahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Mohd Najib Abdul Razak
Gabungan Parti Politik
Barisan Nasional
Pakatan Rakyat
Barisan Nasional masih majoriti di Parlimen. Namun Pakatan Rakyat kuat dari aspek kualiti dan kuantiti.
Pada masa ini Barisan Nasional ialah kerajaan yang gagal memanfaatkan Rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat berpotensi lebih baik, namun belum memanfaatkan sepenuhnya.
PRU 12 membolehkan kita saksikan pemimpin, parti, dan gabungan atau pakatan yang menjadi pilihan.
Perubahan secara demokrasi, di PRU 13 masih jauh lagi.
Kita akan berhadapan dengan realiti Barisan Nasional sebagai kerajaan. Suka tak suka, mereka akan teruskan tradisi dan budaya. Manfaat akan dinikmati sebahagian Rakyat Malaysia di kalangan mereka.
Belum nampak jelas satu cara yang sah, Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru, dan mengangkat pemimpin terbaiknya untuk memanfaatkan seluruh Rakyat Malaysia.
Melalui proses demokrasi, Pakatan Rakyat telah berjaya menguasai pemerentahan kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Berpotensi melebarkan penguasaan di Sarawak dan Sabah.
Namun melalui proses tidak demokrasi, Pakatan Rakyat kehilangan kerajaan Negeri Perak kepada Barisan Nasional. Kemungkinan satu per satu kerajaan negeri akan terlepas dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional melalui politik paling keji dan kotor.
Sementara perebutan kuasa dan kerusi berterusan, sejak PRU 12, ekonomi negara tidak banyak berubah, dan harga bahan, barang dan perkhidmatan masih amat tinggi. Bebanan sedang kita pikuli. Keuntungan perniagaan merosot dan pengangguran semakin meningkat.
Setakat ini pemimpin, parti, gabungan atau pakatan politik belum dapat menjana ekonomi mampan, dan kesaksamaan nikmat masyarakat.
Dalam suasana beginipun, kita akan menghadapi 2 pilihanraya kecil dalam tempoh terdekat. 7 April 2009 pertempuran 2 Bukit - P 59 Bukit Gantang Perak dan N 25 Bukit Selambau Kedah.
Adeh!