BLOW - Lawak Pemimpin - YB Pun Tidur..!
0 Comments
»
Sudah tidak ada tamu lagi. Sampai Lah masanya, ADUN ini yang juga Exco kerajaan negeri masuk ke kamar tidur.
Datuk dah lama masuk ke kamar. Sudah tidur.
Dia masuk ke bilik air. Dalam gelap itu dia mandi.
Kemudian dengan tenang dikeringkan badannya di bilik persalinan yang gelap juga.
Selepas itu barulah dia masuk ke kamar tidur. Lampu dipadamkannya. Dalam kegelapan itu, dia mengenakan pakaian dalam. Setelah sudah, dia memakai pakaian lengkap baju kurung.
Dipakainya tudung litup, dan kemudian berjubah pula.
Setelah memakai pakaian tidur, perlahan-lahan dia naik ke atas katil, dan diselimuti badannya dengan 5 lapis selimut.
Diapun tidur.
...
Di banglo sebelah. Di bilik tingkat atas.
Sepai 1: Dapat dak tangkap gambar YB itu?
Sepai 2: Dah 2 minggu kita kat sini. Apa pun tak dapat tangkap.
Sepai 1: Habes tu macam mana?
Sepai 2: Sepai bersepai Lah kita kena screw dengan Bos..!
Adeh!!!