BLOW - Tanda Makin Jelas The BN Grand Design Dah Serang Selangor Selepas Perak..! Malaysiakini
0 Comments
»
Image via Wikipedia
Zubli ZainordinThe BN Grand Design memang wujud. Bahkan sudah mula mengorak langkah. Misinya menawan semua kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Kemenangan melalui Demokrasi telah dan akan bertukar kepada Demokasi.
The BN Grand Design semakin terserlah dengan adanya kepastian penyerahan kerusi kepemimpinan dan peralihan kuasa, hampir berlaku pada 31 Mac 2009 kelak.
Semua ini memperkuatkan bahawa ada pasukan besar telah dibentuk.
Membabitkan para pemimpin parti, gabungan, dan kerajaan, khususnya individu yang bakal mengisi barisan kabinet kerajaan pusat, dan barisan Exco kerajaan negeri.
Jelas sekali media massa turut mengambil bahagian dalam The BN Grand Design ini. Meliputi akhbar, radio, dan televisyen.
Sementara itu, permit ceramah semakin sukar diperolehi. Apa yang berlaku pada Muhammad Nizar Jamaluddin, dan kemudian Husam Musa, adalah gerak sekatan daripada pemimpin menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Akhbar seperti Harakah dan Suara KeADILan mula disekat. Tidak menghairankan jika diharamkan tidak lama lagi. Pengedar risalah juga ditangkap dan ditahan.
Selain itu dalam tempoh dua bulan kebelakangan kehadiran begitu banyak nyamok yang mula menaikkan blog, mengwujudkan forum, dan menyertai group. Bloggosphere mula dipenuhi dengan kebanjiran mereka ini.
Individu seperti Raja Petra Kamarudin bakal disenyapkan.
Dijangkakan, Blog Pro-Pakatan akan dilumpuh dan dilenyapkan.
Satu per satu langkah sedang dimajukan.
Telah terbukti kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah dirampas.
Sasaran berikutnya ialah Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan.
Rampasan kerajaan negeri Perak, memberi suntikan semangat kepada gerak merampas kerajaan negeri Selangor.
Apa yang berlaku di Selangor semalam adalah satu tanda tambahan, bahawa wibawa ADUN terutama Exco Kerajaan Negeri Selangor menjadi sasaran.
Selain daripada serangan bertubi dan berterusan ke atas Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Serangan juga telahpun lama dimulakan ke atas Teresa Kok, kemudian Halimah Ali, dan terkini Elizabeth Wong.
Dijangkakan Beberapa lagi bakal kena.
Di Kedah, V Arumugam adalah tanda awal. Kerja keji akan berterusan di Kedah.
Sama-sama kita saksikan dentuman gerak berikutnya oleh The BN Grand Design ini.
Apa yang boleh dilakukan kepada mereka yang inginkan perubahan. Di mana Rakyat dimajukan dan Negara dimakmorkan?
Terkini sedikit sukar, kerana para pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama-sama menafikan kewujudan sedemikian.
Masing-masing tidak mahu mendengar apatah lagi percaya.
Jadi, satu pihak menafi untuk terus mengena. Satu pihak lagi menafi untuk terus terkena.
Politik di Malaysia berikutnya membuka pintu untuk ngeri.
Kecuali individu yang mula sedar...
Tok Bebayang Acheh Dan Cucunya ZiZi
ZiZi Cucu Tok Bebayang Acheh
Tok Bebayang Acheh