Gelombang Rakyat

1Malaysiakah UMNO MCA MIC..?

























Konsep 1Malaysia jika hanya untuk membina imej Mohd Najib Abdul Razak sahaja, ianya satu konsep yang gagal sebelum bermula. Maka gagal terus bila dilaksanakan.

Tambahan lagi, 1Malaysia hanyalah cakap kosong, tiada inti sebenarnya yang memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Apatah lagi Mohd Najib Abdul Razak lebih dahulu pemimpin UMNO daripada pemimpin Barisan Nasional.

Kita ketahui UMNO tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada M selepas U dan sebelum NO.

Sebab itu No. Dengan M itu, UMNO, tidak dan bukan kepada perjuangan 1Malaysia. UMNO sebenarnya lebih kepada 1M, sebagaimana huruf M pada U.M.NO. itu.

Kita ketahui MCA tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada C selepas M dan sebelum A.

So, you C. MCA tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada C, pada M.C.A.

Kita ketahui MIC tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada I selepas M dan sebelum C.

So, you C also, I. MIC tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada I, pada M.I.C.

Rakyat dapatkah harapkan UMNO atau MCA atau MIC atau kesemuanya sekaligus, untuk memperjuangankan 1Malaysia. Sedangkan masing-masing mengutamakan M dan C dan I.

Gabungan yang hanya MCI sahaja.

Ketiga-tiga parti ini sudah lapok dan usang. Tidak relevan kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Sebab itu semakin ramai Rakyat, terutama golongan muda, tidak lagi dapat terima parti yang sesempit ini dalam perjuangan nasional mereka.

Maka, ramai yakin jika tidak dikuburkan pada 1946, kini sudah sampai masa dan ketikanya masing-masing mendekati kuburan sekelompok, selepas PRU 12.

Ada yang berkata tetapi UMNO dan MCA dan MIC berada dalam Barisan Nasional yang memperjuangkan 1Malaysia.

Tidak benar!

Perhatikan apa yang telah dan sedang berlaku di Shah Alam, perihal arak kepala lembu dan perpindahan kuil.

Perhatikan gambar Koh Tsu Khoon pernah dikoyak dipijak.

Perhatikan gelagat buruk mereka di setiap pilihanraya kecil.

Bila perjuangan itu untuk M atau C atau I sahaja, M akan didahulukan. Jika berani sebut begini:

Barisan Nasional terdiri daripada parti MIC, MCA, dan UMNO.

atau

Barisan Nasional terdiri daripada parti MCA, MIC, dan UMNO.

Tidak mungkin, walaupun 100 tahun akan datang. Hak memang tidak sama dan tidak akan disamakan. Serata dan saksama? 1,000 tahun belum tentu.

Semua ini sudah jelas.

Namun, pada saya model sebuah parti politik yang molek di Malaysia ialah Parti KeADILan Rakyat.

Perjuangannya ialah Untuk Perubahan Rakyat Negeri di dan Negara Malaysia. Rakyat itu semua.

Adil, dan saksama.

Sementara itu Democratic Action Party - DAP, dan Parti Islam Se-Malaysia, dua parti yang baik.

Bila bergabung dalam Pakatan Rakyat, itu yang menjadikan ketiga-tiganya bulatan yang mantap.

Ini kita kongsikan dengan seluruh Rakyat Malaysia, terutama Pengundi N 31 Bagan Pinang ya...
























Kota SiPuteh Usah Dikenang
Daun Padi Dikata Lalang
Jika Memang Rakyat Kan Menang
Jom Raya Pilihan Di Bagan Pinang


























16 September 2009 Hari Malaysia Untuk Seluruh Rakyat. Sama-sama kita meraikannya. UP Malaysia - Untuk Perubahan Malaysia. Penduduk dipersilakan meraikannya juga. Semua rakan di seluruh dunia boleh menyatakan ucapan...

BLOW - N 25 Bukit Selambau - Teraju Pilihanraya Kecil BN Berhadapan Tuntutan UMNO MIC..! Malaysiakini

Malaysian Indian CongressImage via Wikipedia

Zubli Zainordin Avatar

Zubli Zainordin


Mungkin masih awal.


Namun sudah berbunyi gendang tuntutan dari wakil pemimpin UMNO - United Malays National Organization, dan wakil pemimpin MIC - Malaysian Indian Congress.



Bunyi gendangnya tidak sama. Berbeza.



Masing-masing mahu calon parti politiknya menjadi calon untuk pilihanraya kecil N 25 Bukit Selambau.



Teraju Utama Jentera pilihanraya kecil N 25 Bukit Selambau pada 7 April 2009 ini, akan berhadapan dengan tuntutan dari UMNO Merbok yang tidak akan berganjak mahukan calon dari UMNO bertanding.

Ini dikatakan bukan pandangan UMNO Merbok, namun suara akar umbi dari kalangan orang ramai yang ahli dan yang menyokong UMNO. Khususnya Pegawai Kerajaan.


Demikian disuarakan Ketua Umno bahagian Merbok, Tajul Urus Md Zain.

.

TURUN PADANG: Calon BN  Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md  Zain  menaiki motosikal  bersama calon BN DUN Bukit Selambau, S Krishnan   untuk  menemui pengundi India di kawasan Ladang Bukit Lembu, Amanjaya, Sungai Petani.


Desakan akan tetap diteruskan supaya kerusi ini dikembalikan kepada UMNO.



Menurut Tajul Urus Md Zain, selain faktor lebih 50 peratus pengundi Melayu, kebosanan rakyat Bukit Selambau terhadap MIC mengakibatkan orang India tidak menyokong calon BN.



Malahan dari maklum balas yang diterimanya menunjukkan bahawa pemimpin MIC peringkat bawahan di situ sendiri tidak menyokong MIC.



S. Samy Vellu
savebukitgasing.wordpress.com
Sementara itu, Malaysiakini melaporkan:

Saravanan calon Bukit Selambau?
Athi Veranggan | Feb 15, 09 12:32pm

MIC mungkin mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Saravanan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ pada 7 April depan.

Menurut sumber-sumber, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sedang menimbang secara serius untuk mencalonkan Saravanan yang juga pengerusi MIC Kedah bertanding bagi merebut semula kerusi tersebut.

bm version bukit selambau state seat 090209 Berita selanjutnya di sini: http://www.malaysiakini.com/




Dalam pada MIC dan UMNO masing-masing akan kemukakan calon dari parti politiknya, perlu ingat bahawa dalam PRU 12 yang lalu pemenang DUN ini ialah V Arumugam, calon bebas yang telah menewaskan S Krishnan, calon BN dari MIC.

Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - UMNO Kata Tipis Menang Jika Letak Calon MIC..! Malaysiakini

Malaysian Indian CongressImage via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Wa tak larat gelak baca laporan berikut...

Malaysiakini melaporkan:
  • Umno: Harapan BN tipis jika letak calon MIC
    Muda Mohd Noor | Feb 13, 09 5:11pm
  • Harapan Barisan Nasional (BN) untuk menang adalah tipis jika ia meletakkan calon keturunan India dari MIC bertanding dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan, kata Naib Ketua Umno bahagian Merbok, Abdul Rahman Ahmad.LAGI
  • 'Mampuih tak menang'
    'Pengundi India berpecah'
Laporan penuh di sini:

http://www.malaysiakini.com/

Bukan wa over-confident, tapi lucu, nak buat macam mana, spontan gelak wa dan berlanjutan plak.

Pemimpin UMNO kata tipis untuk menang jika letak calon MIC di N 25 Bukit Selambau Kedah.

Ini dalam rangka pemerhatian peranan sumbangan MIC di kawasan DUN ini.

Adakah MIC sudah tidak relevan lagi? Atau tidak mampu di DUN ini.

Macam Lah UMNO bagus sangat di sini.

Pada wa, soalnya Barisan Nasional itu yang haru biru, jika pun huru hara.

Entah apa Lah peluang Barisan Nasional menang di N 25 Bukit Selambau Kedah, dengan pelbagai faktor membolehkan Barisan Nasional ini kalah atau kalah teruk.

Rakyat Malaysia sudah mula tidak menerima, menolak, dan tidak mahu kerajaan Barisan Nasional di pusat dan di negeri.

Sama-sama kita saksikan...

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - Murugiah Pertimbang Saman Ketua Polis Selangor...Bhg 13

mSTAR OnLine melaporkan...

T Murugiah: AG classified Kugan's ...
www.sun2surf.com

kugan ananthan funeral 230109
Mutakhir »
'Ceroboh' bilik mayat: Murugiah mahu saman Ketua Polis Selangor

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ketua Polis Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat memfitnah beliau berhubung isu kematian tahanan polis awal minggu ini.

Bersambung di sini:

http://www1.mstar.com.my/

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - Pemimpin MIC & MCA Mula Bersuara Bhg 12

Malaysiakini melaporkan...

kugan ananthan funeral 230109

Palanivel: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas
Jan 24, 09 7:55pm

MIC mahu jawatankuasa bebas yang dianggotai tokoh terkemuka menyiasat kematian A Kugan semasa dalam tahanan polis, manakala MCA mahu bedah siasat kali kedua dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian pemuda itu.

Manakala ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Wong Nai Chee dalam kenyataan berkata bedah siasat kali kedua patut dilakukan secara profesional untuk mengenal pasti punca sebenar kematian itu.


Jika pihak tertentu kata nak telus, tetapi tindakan ketelusan tidak dilakukan, bagaimana Rakyat Malaysia nak yakin dan percaya akan ketelusan yang dikatakan itu?

BLOW - PEMUDA BESUT Pos - M Muthupalaniappan - Kamu Dipecat..!



Saya baru baca pos ini di Blog PEMUDA BESUT...

2009 Jan 24

Bekas Naib Presiden MIC berhasrat cabar Samy Vellu dipecat ~ Malaysiakini

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan yang mengumumkan hasrat untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu dalam pemilihan Presiden Mac ini telah dipecat berkuat kuasa serta-merta.

Sambungan di sini:

http://pemudabesut.blogspot.com/2009/01/bekas-naib-presiden-mic-berhasrat-cabar.html


Begitu Lah MIC. Banyak persamaan buruk dengan parti teraju Barisan Nasional.

Kadang-kala terfikir 100 tahun lagi kah baru ada pemimpin baru berjawatan Presiden.

Entah Lah, sukar untuk melihat sebuah parti mewakili Rakyat Malaysia terutama mereka yang MIC akui mewakili mereka.

Apa langkah seterusnya M. Muthupalaniappan?

Adakah kemungkinan satu yang lain yakni platform politik supaya boleh terus berbakti kepada Rakyat Malaysia.

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

Para Pemimpin Saling Cakar-cakaran?

Bermula sekarang kita akan menyaksikan satu siri saling menghentam di kalangan para pemimpin UMNO, MCA, dan MIC, bila masing-masing tiada gambaran memulihkan parti atau memajukan negara, atau memakmorkan Rakyat, dan mereka hanya tahu bagaimana memburuk dan menjatuhkan rakan lawan untuk naik ke puncak.

Jika mereka berdepan boleh bersalaman mesra dan tidak melakukan itu semua, namun para pemimpin pelapis yang setia, para penyokong, pengurus kempen, pelobi dan perayu undi pula yang akan melakukannya bagi pihak para pemimpin yang manis berdepan pahit di belakang.

Muhyiddin Yassin
www.jphpk.gov.my

Mohd Ali Rustam
no2umno.wordpress.com

Muhammad Muhd Taib
p216bintulu.com

Ong Tee Keat
dppputrajaya.wordpress.com

Chua Soi Lek
ww.jphpk.gov.my


S. Samy Vellu
www.myindelections.com

muthupalaniappan

.
Rafidah Aziz
sanggahtoksago.blogspot.com

Shahrizat Abdul Jalil
thestar.com.my