Gelombang Rakyat

BLOW - Pak Lah Kekal PM? Memahami Kebijaksanaan Nik Aziz..! Malaysiakini

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Zubli Zainordin Avatar

Zubli Zainordin

Dalam tempoh masa dari sekarang sehingga 31 Mac 2009, pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

Apa yang ditetapkan boleh bertukar dan lain jadinya.

Perihal Abdullah Ahmad Badawi bersara awal, pelbagai reaksi dan respons kita ketahui.

Terkini, kita cuba memahami kebijaksanaan Nik Aziz Nik Mat.

Dilaporkan, terkini Nik Aziz Nik Mat lebih mahu Abdullah Ahmad Badawi tidak bersara awal, malah terus kekal jawatan sekarang sehingga tamat tempoh.

Sebabnya ialah, penerusan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, sebagaimana Nik Aziz Nik Mat nampak, ialah politik tidak menjadi kalut.

Semacam tiada pilihan baik. Nik Aziz Nik Mat berpandangan, bila Abdullah Ahmad Badawi terus kekal, maka Mohd Najib Abdul Razak tidak dapat menduduki kerusi itu. Sedangkan Mohd Najib Abdul Razak, menurut Nik Aziz Nik Mat, sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati di Malaysia.

Tambahan lagi Nik Aziz Nik Mat melihat bahawa Mohd Najib Abdul Razak ialah punca kemelut di Negeri Perak.

Nik Aziz Nik Mat sempat berseloroh akan perbuatan sembunyi sorok ADUN ialah kerja Hantu Raya.

Maka dengan itu Nik Aziz Nik Mat berpandangan, untuk menstabilkan negara, Abdullah Ahmad Badawi digalakkan kekal sehingga tamat tempoh PRU 13.

Demikian pandangan Nik Aziz Nik Mat.

Pada saya, Jika corot, maka Abdullah Ahmad Badawi di kedudukan 100 par 100 pemimpin. Mohd Najib Abdul Razak sebelum ini dikedudukan 90 par 100 pemimpin. Ertinya kepada saya ialah kedua-duanya pemimpin yang tidak bagus. Dari aspek kepemimpinan kedua-duanya teruk dan buruk.

Terkini, Abdullah Ahmad Badawi telah meningkat ke angka 99 par 100 pemimpin. Manakala Mohd Najib Abdul Razak di kedudukan 100 par 100 pemimpin.

Kedua-duanya hanya bertukar kedudukan corot. Sedangkan kedua-duanya masih buruk dan teruk.

Pada saya adalah lebih baik jika dalam konteks ini, Tengku Razaleigh Hamzah diberikan peluang untuk bergandingan dengan Muhyiddin Yassin.

Selain mereka berdua, saya belum nampak pemimpin lain dalam UMNO dan Barisan Nasional yang baik dan bagus.

UMNO dan Barisan Nasional memerlukan Total Transformation.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin, faham hakikat ini untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Sama-sama kita tinjau pendapat lain dari lain-lain individu.

Jadi, pada saya, biarlah Abdullah Ahmad Badawi bersara awal...

Itu langkah pertama.

Seterusnya, langkah kedua Mohd Najib Abdul Razak...

Abdullah bin Haji Ahmad Badawi urged to bringi...Image via Wikipedia


Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Zizi lebih bijak dari Nik.
Kalau kita kekalkan corot, bila masa corot cocot corot corot corot ini mahu dihumban keluar.

Mereka perlu dikeluarkan bagi Malaysia mendapat kepimpinan baru.

Dalam situasi sekarang, semakin ramai pemimpin terlorot ke bawah, antaranya Nik Aziz sendiri..

Gelombang Rakyat said...

Kluangman

Ada kala sayapun boleh berbeza pendapat dengan pemimpin.

Corot kasi buang semuanya..!

Beri pemimpin parti dan pakatan terbaik pula memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Perihal Nik Aziz Nik Mat corot, kita berbeza...