Gelombang Rakyat

BLOW - Rebutan Kerusi Kuasa Perak - Rakyat Malaysia Mohon Kehadrat Yang Maha Kuasa..!

Districts of PerakImage via Wikipedia

Kamu pemimpin politik nan punyai Angkara ini!

Melakukan Angkara nan mencemar diri kamu di bumi Perak ini.

Aku Tok Bebayang Acheh, tahu Durjana kamu, disaksikan-Nya.

Satu Durjana yang membusukkan namamu. Pekong di hati kamu sedang membuak nanah. Menanti saat Pecah! Baunya bakal undang ragu pada kepemimpinan kamu.

Kamu tidak layak lagi untuk menjadi pemimpin di bumi Perak.

Kamu tidak layak lagi untuk menjadi pemimpin Negara Malaysia.

Ketika di hati kamu, kamu merasakan kemenangan, hakikatnya kamu sebagai pemimpin, parti kamu yang rosak, gabungan kamu yang rapuh, bakal gugur berderai dek Kebenaran.

Kepalsuan selamanya tiadakan dapat tegak. Walaupun ibarat benang basah pun kini. Sebentar cuma. Bila kering dek hangatnya Durjana Angkaramu. Kering dek murni munajat Rakyat.

Insaf Lah.

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh

Pada Wa apa yang pemimpin Barisan Nasional lakukan di Perak adalah keji.

Perbuatan mereka telah timbulkan marah Rakyat Malaysia, terutama di Perak.

Perak Darul Ridzuan, sekarang dah jadek Perak Darul Rampas.

Perbuatan keji mereka mesti diadili.

Hak Rakyat Malaysia di Perak mestilah dikembalikan sekarang!

Zubli Zainordin Avatar

Zubli Zainordin

Pada saya apa yang terjadi di Perak ada hikmahnya.

Pertama kita sedang saksikan tiada kuasa dapat atasi Kuasa Yang Maha Berkuasa.

Kedua apa yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional telah dilakukan. Sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat masih hanya ingin melakukannya. A precedent has been set.

Istana sudah dibabitkan oleh pemimpin Barisan Nasional. Saya masih berpegang kepada ayat Baginda Tuanku Sultan Perak, Allah bersama mereka yang sabar. Dari aspek kehakiman, mungkin pemimpin Barisan Nasional melakukan apa yang telah dilakukan, tanpa membaca perundangan negara dan negeri dengan sepenuhnya.

Pemimpin yang telah bersalah, paling tidak dari aspek moral, kini tidak akan selesa melihat cermin, kerana di situ dia tetap melihat manusia yang telah bersalah. Dia tahu kesalahannya itu.

Saya percaya kepada Nusrah-Nya, InsyaAllah sama-sama kita saksikan keadilan yang memanfaatkan Rakyat Malaysia, dan Negeri Perak, bakal muncul di Mahkamah, dan bakal menyerlah di Dewan Undangan Negeri.

Ada kemungkinan Menteri Besar yang sah Muhammad Nizar Jamaluddin akan kembali terajui kerajaan Perak Pakatan Rakyat.

Ada kemungkinan DUN Perak dibubarkan, Rakyat Malaysia di Perak akan dikembalikan kuasa untuk memilih dan menentukan pemimpin, parti dan pakatan terbaik.

Kejayaan Total milik kita semua. Kemenangan untuk Rakyat Malaysia di Perak.

Reblog this post [with Zemanta]

2 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Atoknya ( bebayang Acheh), Zubli dan ZiZi,

Meke mewakili sezaman masing - masing dengan pandangan yang kontemporari.

Tumpu kan kepada faktor jangka pendek yang mempengaruhi gelagat pengundi di medan media yang meke gunakan ini adalah medan pertempuran ( battleground).

Kajian saintis politik ,bukan dinegara kita tengok saja komen cari makan depa, membuktikan media sangat memberi impak kepada pola gelagat pengundi. Ini terbukti keretakan, kereputan dan kehancuran USSR dan Eropa timur adalah peranan media.Sosialis berubah kepada demokratik liberal.


TK.

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL

Pandanganmu memang bernas.

Kami ini masih banyak perlu pelajari teknologi ini.

Masih banyak perlu diketahui lagi, supaya dapat diamali.

Zubli Zainordin.