Gelombang Rakyat

no2umno Dan Pos Keyakinan Anwar Ibrahim Pembentukan Kerajaan Baru

Baru sebentar tadi saya membaca pos ini di Blog no2umno:

Nov 29, 2008

Saya tetap yakin - Anwar

Malam ini Stadium Melawati gegak gempita dengan laungan reformasi dan nyanyian lagu Keadilan ketika munculnya Ketua UMUM Keadilan di pentas Kongres.
Keyakinan Anwar Ibrahim ialah sebagai tiang seri. Di atas tiang keyakinan inilah nanti dikibarkan satu kemenangan. Kemenangan Rakyat.

Namun untuk menjadikan ini suatu kenyataan, semua ahli dan pemimpin PAS dan DAP, perlu bersama PKR menjadikan ini suatu realiti. Realiti yang manis.

Sementara itu, UMNO sedang dirosakkan oleh sebahagian ahli dan pemimpinnya sendiri. Perhatikan bahawa Mahathir Mohamad belum menyertai kembali dalam UMNO. Ini adalah kerana masalah UMNO belum diselesaikan. Masalah utama ialah Abdullah Ahmad Badawi.

Pun begitu, tidak jelas bahawa UMNO kini mempunyai pemimpin pengganti yang berwibawa. Mungkinkah mereka yang hebat terdahulu tidak berpeluang menang, kalah, tewas, dan tidak memuncak memberikan sumbangan bakti dan khidmat.

Pemimpin yang sedia ada, kita pun tahu siapa mereka dan tahap kepemimpinan mereka.

Dalam keadaan yang begitu, tidak jelas adanya uniti dalam united nya UMNO menerajui Barisan Nasional. Jika pun jelas, ialah serangan jika tidak dibuat begini kami keluar dari Barisan Nasional. Itu yang kita dengari.

Angin perubahan yang Anwar Ibrahim yakin mulakan, bersama Pakatan Rakyat sudah menunjukkan petanda yang baik ke arah Perdana Menteri yang baru setelah pembentukan kerajaan yang baru.

Kita boleh sasarkan sesuatu masa, namun kita tidak perlu tarikh yang khusus. InsyaAllah, kemenangan tetap berpihak kepada Rakyat Malaysia.

Sama-sama kita tinjau apa peluang yang ada di Sarawak, ke arah mengertikan keyakinan kita bersama ini.



Berkaitan:

Dari Blog Anwar Ibrahim:

29
Nov
08

East Malaysia holds the key for PKR’s takeover bid

From The Edge Daily
by Chua Sue-Ann

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) is casting their eyes towards Sabah and Sarawak in their bid to takeover the government, promising petrol royalties and greater East Malaysian participation in federal participation.

Majlis Minum Petang Blogger Di Shah Alam


KONGRES PKR ..... Ada yang bakal KENA !!! Klik SINI
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI

Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam

Berminat?

Sila dapatkan maklumat di:

http://no2umno.blogspot.com/

Wanita Oh Wanita - Hangat Dipapar Media

Kes Altantuya Shariibuu Masih Belum Reda

Soalan Yang Perlu Jawapan...

Altantuya Shaariibuu
thestar.com.my

Siapa Pembunuhnya?

...


Seterusnya...
Lapor Utusan Malaysia

Jangan 'telanjangkan' Wanita UMNO - Halimah

JOHOR BAHRU 24 Nov. - Semua pihak diminta tidak 'menelanjangkan' Pergerakan Wanita UMNO dengan menyebarkan keburukan dan fitnah terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi menghangatkan lagi pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Sambungan di sini:

http://www.utusan.com.my/


Kemudian

Dari Blog no2umno

http://img458.imageshack.us/img458/4927/29inul2jpgxs7.jpg

Ku tak mau cintaku
dikocok-kocok aah…

Lagi

Konsert Inul lagi…Pemuda PAS tetap bantah
Dilulus terbit pada Tuesday, November 25 @ 12:00:00 MYT oleh
syamil
Berita Oleh rusly_islam

inul02Kuala Lumpur - Pemuda PAS Wilayah akan terus membantah konsert Inul yang dijangka akan dilangsungkan pada 29 November 2008 ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Diberitakan, permit konsert berkenaan juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa.


Isu 30% Soalan no2umno dijawab Blogger Yang Beretika (Mungkin)

Ramai orang pening dengan isu 30 peratus aduan yang berunsur fitnah dan "frame up" aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Sepertimana pos no2umno.

Nov 23, 2008

30% .... Macamana dia kira?

“Kami sedar banyak rungutan konon...
Sebagai Blogger Yang Beretika sebagaimana yang disyorkan oleh pemimpin penuh beretika dari parti yang bersih, Syed Hamid Albar, petikan pos no2umno diakhiri setakat konon sahaja, yakni 30 % daripada perenggan pertama. Baki 70 % lagi dan seterusnya sila klik di sini:

http://no2umno.blogspot.com/2008/11/30-macamana-dia-kira.html

Menjawab soalan ini secara bukan secara rasmi mewakili UMNO, hanya sebagai Blogger Yang Beretika sahaja, begini ya.

Memang terkumpul sebanyak 900 aduan. Jumlah ini ialah satu jumlah dari kemungkinan 90,000 aduan semuanya. Jadi jumlah 900 aduan ini kecil berbanding kemungkinan 90,000 aduan. Bersamaan 1 % sahaja.

Jadi dari sudut aduan, tidaklah serius isu ini.

Mari diteliti jumlah 1 % itu.

Dari 1 % itu, hanya 40 peratus sahaja yang melibatkan politik wang. 60 peratus adalah lain-lain selain politik wang.

Maknanya yang dikatakan politik wang itu hanya 0.4 % sahaja.

Setelah disiasat didapati pula 30 peratus adalah fitnah atau "frame up", ertinya jumlah yang dikatakan politik wang itu semakin mengecil dan sedikit sahaja.

Telitian seterusnya ialah kepada yang dikatakan fitnah atau "frame-up" ini, memandangkan kes politik wang dalam UMNO tidak seserius mana pun.

Dengan yang demikian UMNO tetap unggul sebagai sebuah parti yang bersih. Ini adalah kerana para pemimpinnya ialah beretika.

...

Adeh!

Lawak UMNO - Peluang Mesen Pesanan Suara

Free Animations




Kepemimpinan Melalui Teladan Kuno ialah:

Tengok para pemimpin UMNO, tiada seorang pun yang rasuah, atau politik wang. Setiap pemimpin bersih lagi kelihatan bersih.

Kepemimpin Melalui Teladan Kini ialah:

Alahai sebat saja Lah. Pemimpin atasan sebat lagi banyak..!

Pendedahan ini bukan dari orang luar UMNO, tapi di kalangan para pemimpin UMNO sendiri.

Jika semakin kerap, semakin bertambah, semakin teruk, berlakunya, boleh membabitkan keseluruhan parti, sama ada pemain utama, pemain sampingan, pemain sambilan, dan mereka yang syubahat dalam hal politik wang dan rasuah ini, maka apa yang disebut dalam blog no2umno mungkin berlaku kelak.

Hal ini membuka peluang kepada para pengusaha yang boleh buat duit melalui mesen pesanan suara.

Jadi lawak Lah parti UMNO ini.

Entah Lah.

Begini Lah lawaknya, gamaknya Lah...

...

Pemanggil: Saya nak bercakap dengan Datok Chiep...

Free Animations

Mesen: Dia telah dipecat kerana politik wang.

Pemanggil: Kalau begitu bagi saya bercakap dengan Datok Ketua Bahagian...

Mesen: Dia telah dipecat kerana politik wang.

Pemanggil: Timbalannya..

Mesen: Dia telah dipecat kerana politik wang.

Pemanggil: Baik Lah, Datok Ketua Cawangan...

Mesen: Dia telah dipecat kerana politik wang.

Pemanggil: Jadi dengan siapa yang boleh saya bercakap?

Mesen: Saya, mesen pesanan suara. Pada nada *beep* sila tinggalkan pesanan.

...

Kuang! Aaa!! Deh!!!

animated gifs
http://www.free-animations.co.uk/

Blog no2umno Terus Relevan Ketika UMNO SemakinTak Relevan

Saya mula tertarik dan terus lawati blog ini:

No2umnO

My Photo
Admin
koleksi berita berita internet, media dan artikel.
Untuk simpanan sendiri. Kalau nak tengok juga,
aku tak boleh larang. Ada yang aku hasilkan, ada
yang aku cilok dan ada yang aku kebas. Harap maaf
View my complete profile
Mereka yang memang bukan umno, barangkali menjadi pelawat dan pembaca. Mereka yang mula sedar apa sebenarnya parti UMNO, mula bertandang. Mungkin ada yang menyokong hanya UMNO akan datang ingin tahu.

Namun bila para pemimpin UMNO sendiri membuka pekong dalaman UMNO, hal ini mengiyakan ratusan bahan di Blog no2umno.

Sepanjang pemilihan pemimpin Perhimpunan Agung UMNO Disember 2008, dan menjelang PRU 13, kita akan terus menyaksikan UMNO yang rabak bakal membawa Barisan Nasional rebah di PRU 13.

Berapa banyak kepincangan dan kelemahan UMNO yang semakin tidak relevan di Malaysia, memunculkan Blog no2umno terus menjadi relevan untuk dikunjungi, dan pos dibacai.

Jom!

http://no2umno.blogspot.com/

Aiman no2umno ya2paklah beli Eurocopter E725 Cougar 100,000 unit

Pada waktu ini, keputusan yang telah diambil ialah Eurocopter tidak akan dibeli sebab kita memerlukan peruntukan-peruntukan untuk banyak lagi projek-projek yang lain.Sumber photo: Blog PinkTurtle

"Bang! Bang!!"

Aiman Tak Kisah.

Aiman tahu sebab ada orang bising-bising Pak Lah terpaksa menunda pembelian Eurocopter E725 Cougar.

Tidak ada apa cacat-cela atau penyelewengan dalam urusan pembelian ini.

Telahpun mengikut International Standard Specification.

Itu kata Uncle Azmi ngan ahli dalam PAC.

Walaupun dikatakan tak sekata, namun yang tak sekata itu namanya pun tidak diumumkan. Pendengki.

Uncle Azmi itu baik orangnya. Cakapnya benar dan boleh dipercayai. Aiman percaya dia walaupun Aiman lebih lagi percaya akan Pak Lah.

Jika demikian, Pak Lah, beli Lah Eurocopter E725 Cougar ini berjumlah sebagai permulaan 100,000 unit. Kemudian belikan Lah seorang satu untuk setiap askar.


EUROCOPTER EC 725 COUGAR


Syok Ooo ada helicopter ini, Aiman boleh main combat-combat dengan Pak Lah.

Beli tau! Esok.




Berkaitan:

Dari Blog no2umno:

Nov 4, 2008

PAC cadang terus beli Eurocopter

PAC, katanya berpendapat, kerajaan perlu meneruskan pembelian helikopter...

Info sepenuhnya di sini:

http://no2umno.blogspot.com/2008/11/pac-cadang-terus-beli-eurocopter.html

no2umno Bersuara - Yang Pergi Kita Mau Dia Pergi Yang Mari Kita Tak Mau Dia Mari

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Sememangnya lain bila kita bercakap mengenai pemimpin jabatan atau syarikat kecil, berbanding pemimpin utama negara.

Seorang mufti pernah berpantun, dan ingatannya Usah Lah Perompak Ganti Pencuri.

Kini no2umno pula awal bersuara:

Nov 1, 2008

Buaya mau pergi, Naga mau mari

PM serah jawatan lepas perhimpunan
Tidak terfikir perkataan buaya dan naga digunakan. Namun, dari alam semulajadi dan gambaran artis begini kah gamaknya?

Buaya Nil adalah salah satu predator ...
64.203.71.11


Josh is the baddest naga
www.myspace.com


Perasaan ini mewakili ramai di kalangan Rakyat Malaysia. Berapa ramai? Jika tiada pungutan suara, PRU 13 nanti jawabnya.

Pun begitu dalam pilihanraya, Mohd Najib Abdul Razak bukan Lah teraju yang hebat. Di bawah kepemimpinannya kelak menang cukup payah, kalah adalah besar kemungkinannya. Pilihanraya kecil tapi besar P 44 Permatang Pauh boleh dijadikan ukuran.

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

Lawak Parti Politik - no2umno kata Parti Ini Raja Lawak - Nabil Akan Terkebil?

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.

Saya perhatikan...

Orang Melayu, jangan main-main. Kalau dia kena main, tengok pada kemainannya Lah kan, silap gaya, salah haribulan, dia akan amok. Kalah kumpulan muzik itu.

Pemimpin mereka kata, "Saya pantang dicabar!"

Bila dicabar bersara awal, dia dok dalam pantang pulak.

Politit! Politit!! Politit!!!

Dalam diri mereka macam ada switch, bila ditekan on sahaja...Awas! Ramai yang akan shot.

Ingat dak bila pemimpin parti pembangkang sebelah utara mengusulkan supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihapuskan! Malaysiakini ada melaporkan:

DEB: Umno demo bantah Guan Eng
Mar 14, 08 2:58pm
kemaskini 5:40pm Lebih kurang 1,000 penyokong Umno Pulau Pinang, yang diketuai setiausaha parti itu Azhar Ibrahim, berkumpul di kaki bangunan Komtar sebagai membantah kenyataan Ketua Menteri yang baru, Lim Guan Eng.

Maka

Ahli Parti 1: Dia kata got tuu. Kebala Bafak dia. Jom! Reformasi. Opps silap. Demonstrasi!

Ahli Parti 2: Takbir! Oops silap, hidup Melayu!!!

Terus, gamat Lah jadinya mereka, berkumpul, menjerit, melaung, siap dengan slogan.

Begitu Lah, setiap kali ada sahaja pemimpin pembangkang, atau pemimpin Parti lain usik sahaja contohnya DEB, mereka akan...

Ahli Parti 1: Dia dah nak mandoi kaa?. Kebala Hatok dia berjamboi. Jom! Reformasi. Opps silap. Demonstrasi!

Ahli Parti 2: Takbir! Oops silap, hidup Parti!!!

Gamat lagi.

Kisah penuh bergambar ada di blog no2umno:

Oct 27, 2008

UMNO raja lawak



Sapa yang tak tau perjuangan Melayu UMNO?
Lihat gambar kat atas ... !!! Itu satu bukti perjuangan UMNO.
Nak hapuskan DEB ... langkah mayat kami dulu.

Wakakakakkaka ...
UMNO raja lawak !!!

Sambungan berita di atas, dan banyak lagi yang menarik, sila klik:

http://no2umno.blogspot.com/2008/10/umno-raja-lawak.html

Soalnya, kenapa blogger tersebut kata begitu?

Begini...

Baru-baru ini pemimpin tertinggi mereka sendiri menyentuh usik DEB.

Maka...

Ahli Parti 1: Dia cakap macam funfare. Kebala lutut dia bebatu. Jom! Reformasi. Opps silap. Demonstrasi!

Ahli Parti 2: Takbir! Oops silap, hidup Ahli!!!

Tetapi...

Ahli Parti 3: Oii, ini Bos kita sendiri yang kata!

Ahli Parti 1: Ya ka?

Ahli Parti 2: Habeh, kita nak buat lagu mana?

Ahli Parti 3: Aku rasa lagu yang terbaik ialah kita semua pii karaeoke...

Semua: Jom!



...

Kuang! Terke!! Du!!!

Nabil Terkebil: Luu pikir Lah sendiri!!!