Gelombang Rakyat

Rakyat Terus Derita Jika Kerajaan BN Naikkan Harga Minyak
























Nanti saya analisa bila telah dibuat pengumuman rasmi dan memahami alasan kenaikan ini.

Setakat ini diketahui jangkaan ini:

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.
Adeh!

P 36 Kuala Terengganu - Keputusan Pak Lah Tinggal Kesan Paling Buruk

Entah berapa tahun kesannya kepada kita semua Rakyat dan Negara Malaysia.

Sama ada Abdullah Ahmad Badawi masih kekal Perdana Menteri Malaysia atau tidak, sama ada WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah atau menang, menanggung derita paling panjang ialah keputusannya menaikkan harga minyak petrol dan diesel 5 Jun 2008. Mungkin 5 Jun 2018, kesannya belum boleh pulih.

Hari ini harga bahan, barang, perkhidmatan masih terlalu amat tinggi.

Di antara kesilapan paling besar Abdullah Ahmad Badawi...


Laporan amat baik dan terperinci di sini:

http://prk036.pas.org.my/


Kesimpulan Blogger JITP

SKANDAL HARGA MINYAK PDF Cetak Emel
Ditulis oleh JITP
FRIDAY, 16 JANUARY 2009 00:24

(SEBENARNYA HARGA MINYAK TIDAK TURUN!)

Benarkah Kerajaan BN/UMNO telah menurunkan Harga Minyak?
Tidak Benar!


KESIMPULAN
  1. Kerajaan gagal menurunkan harga minyak kerana harga minyak tidak turun selaras dengan harga minyak dunia.
  2. Dasar minyak Kerajaan BN/UMNO zalim dan berkepentingan
  3. Dasar Minyak Kerajaan hanya membantu rakyat kaya dan koprat-koprat tertentu tetapi gagal untuk menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat.
  4. Kerajaan tidak cekap dan tidak mempunyai kepakaran yang cukup untuk membentuk dasar harga minyak dan mekanisma perlaksanaanya. Akibatnya rakyat menanggung kos sosio-ekonomi yang tinggi kerana beban inflsi, ekonomi yang tidak efisien, kemiskinan, kebocoran dana, ketidakcukupan prasarana pembangunan dan akhlak pemimpin yang rendah.
  5. Usaha membangun Usahawan-Usahawan Kecil Bumiputra melalui pengendalian stesen minyak akan gagal saperti vendor-vendor Proton dan lain-lain jika kelemahan Kerajaan ini berterusan.

Lawak Pemimpin - Tolong Lah Jangan Turunkan Lagi Harga Minyak

Tolong Lah Naikkan Harga Minyak Petrol dan Diesel Sampai RM 86.90 sen Seliter.

Pak Chik: Fed-up Lah macam gini. Menteri ini tak dak kerja lain kah? Asyik-asyik turunkan harga minyak. Asyik-asyik turunkan harga minyak. Meluat.

Ramai orang di kalangan orang ramai tengah sibuk nak pilihanraya kechil P 36 Kuala Terengganu, aisyh masa itu Lah pulak diturunkan harga minyak.

Bau minyak tak dapat, terbau hati mereka nan busuk.

Tolong Lah. Sudah-sudah Lah itu. Sponsen, sposen, sposen...apa kah benda. Jikalau esok, tak mampu turunkan harga minyak petrol dan diesel RM 1.00, hah tak payah Lah turunkan lagi harga bahan ini.

Naikkah Lah sahaja harganya sampai RM 86.90 sen seliter. Tak apa.

Lepas itu anjur Lah debat sampai berbuih mulut pun okay. Hari-hari debat dan siarkan melalui TV dan Radio.

Suara: Kenapa ni Pak Chik, marah-marah. Terpekik terlolong sorang-sorang ni?

Pak Chik: Ini dok baca berita kat Malaysiakini, harga minyak turun sposen lagi.

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi
Dec 15, 08 5:34pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

petrol price reduction from rm 1 90 to rm 1 80 151208Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Sambungan:

http://www.malaysiakini.com/

Suara: Baik Lah ya, jom ikut saya, giliran Pak Chik pulak, doktor pakar nak check otak Pak Chik macam biasa...

...

Kuang! Ghi!! Ler!!!

Harga Minyak - Pemimpin Yang Ikhlas Berbanding Yang Punyai Muslihat

Karipap
www.kedai2020.com
Kita yang pergi ke gerai, dan membayar Seringgit, dan dapat 4 ketul karipap. Lazimnya merasa selesa. Walaupun ada tawaran lain 5 ketul seringgit, atau lain-lain pilihan. Kemudian, dengan seringgit yang sama, kita dapat pilihan seketul karipap 35 sen, kalau ambil 3 seringgit. Lazimnya kita gunakan pertimbangan. Bagaimana kalau seketul karipap seringgit? Lazimnya kita akan fikirkan nikmat membelinya atau tidak.

Perihal di atas menunjukkan, di antaranya:

penetapan harga,

keperluan,

Opsyen.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Baiklah.

Pos terkini

Blogger Hasbullah Pit

Kusangkakan Semua Orang Sudah Tidak Mahu Harga Minyak "Stabil" .. Malaysiakini

12/09/2008 10:00:00 AM | , ,

http://hasbullah.pit.my/2008/12/kusangkakan-semua-orang-sudah-tidak.html

Harga Minyak Naik Lagi
jamizalzainol.wordpress.com
Respons saya:

Kerajaan membuat dasar.


Dalam pos ini, usul, ini atau itu. Begini atau begitu. Sekadar membuka opsyen yang terhad.

Masih luas kemungkinan dan kebarangkalian yang lebih menarik.

Kita kembali kepada niat. Niat pemimpin mencari jalan terbaik yang total untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia pimpinannya.

Bukan, Rakyat memilih di kalangannya untuk menjadi pemimpin, kemudian pemimpin itu membuat keputusan untuk menganiaya Rakyat pimpinannya.

Win-win bukan win-lose atau lose-lose.

Dengan mekanisme yang ikhlas, harga minyak boleh distabilkan dan dibuat adjustment dari masa ke semasa, mengikut wajar dan sesuai, yang tidak menjejas hak sesiapa yang berkenaan perihal harga bahan ini.

Murah dan mahal perlu diambil kira struktur sosyel di Malaysia.

Tidaklah kelak seperti Aiman, dia tak kisah kalau harga minyak petrol RM 18.92 seliter.

Apa dasarnya dalam penentuan harga minyak di Malaysia, yang memanfaatkan kita sebagai Rakyat di negara ini.

Rakyat yang umumnya tidak bising, kerana pertimbangan harga purata sesuai.

Sejak 5 Jun 2008, Rakyat umumnya bising, kerana kesilapan yang ketara dalam penentuan harga bahan ini.

Kembali ke perihal di atas:
Pak Lah Umum Minyak naik
harga RM 0.78 sen ...
www.mefeedia.com


* Apakah asas kerajaan Barisan Nasional mengumumkan kenaikan harga minyak mendadak dan serta merta pada 5 Jun 2008..?

* Apakah mekanisme yang digunakan untuk menurunkan harga bahan ini berdikit-dikit dan perlahan-lahan..?

Seperti ada muslihatnya di kalangan para pemimpin Barisan Nasional. Lantaran diperhatikan ada keikhlasan di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat.
Anwar dan Harga Minyak
putrawangsa.com
Dalam semulajadi memihak, ada yang menyokong Anwar Ibrahim di atas kebijaksanaannya, berbanding pemimpin lain yang kesposenan membuat keputusan tidak waras, di kalangan Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Shahrir Abdul Samad, dan yang sesposen dengan mereka dari aspek keprihatinan Rakyat perihal harga bahan ini.

Duit Syiling
www.jomlayan.com
Begitu...

Kenapa Zubli Tagih Harga Minyak Melalui Peranan Pemimpin Politik? Siri 1

Soalan di atas dimulakan dengan renungan ini:

Berapa biji yang ada dalam satu epal?
Berapa epal yang ada dalam satu bijinya?

Atau

How many seeds are there in an apple?
How many apples are there in a seed?
Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin


Baiklah.

Setelah renungan itu, sila baca pos ini oleh Hasbullah Pit, Blogawan PAS, yang mendokong Islam.


Semasa saya bersekolah rendah, Cikgu lebih banyak kali menyuruh saya berdiri di atas kerusi daripada duduk. Ini berkaitan dengan soalan saya mereka tidak boleh jawab.

Semasa Tingkatan 6, Cikgu mengajar subjek Ekonomi. Saya tidak faham. Jadi banyaklah soalan. Namun, Cikgu bukan kerjanya menjawab semua soalan Zubli Zainordin. Terutama Syllabus hendak dihabiskannya segera.

Semasa di ITM (Kini UiTM), ada lagi 2 subjek Ekonomi. Pensyarahnya memang terkenal. Soalan dahulu keluar kembali. Dijawabnya mengikut buku teks. Saya tidak boleh terima.

Rakan sekuliah Mirza Muhammad Tariq Beg, kemudian menerangkan kembali apa yang dia faham kepada saya ketika saya bertanya kepadanya. Setelah bersoal jawab, katanya:
Zubli, hang lulus dulu subjek ini, lepas itu
hang nak pikiaq apa pun Ekonomi nii,
terpulanglah...
Kemudian, saya bertekad untuk menjadi Pendidik. Namun jarang pulak mendapat soalan bertaraf "berdiri atas kerusi".

Lewat 1990an, saya membaca buku ini:

Kemudian saya ketawa berdekah-dekah. Pendidik - sama ada Guru, Cikgu, Pensyarah, yang saya kenali, tidak mentakrif atau mendefinisikan Ekonomi dengan tepat. Dari pentas mereka berdiri sama ada di bilik darjah atau di dewan kuliah, lahirlah mereka di bidang ekonomi, yang berpegang kepada takrif yang tidak tepat itu.

Kemudian panjang lebar pula perbincangan saya dengan Merahza, dan kami bersetuju, "In Life Define Or Be Defined".

Contohnya:

What is your term for Agriculture.

Pertanian.

Kenapa setiap tahun sambutan ini tidak disebut "Hari Petani"

Sebab dalam sektor ini ramai yang tidak setuju kerana takrifnya mereka bukan Petani dalam Pertanian.

Maka, disebutlah untuk memuaskan hati semua pihak, "Hari Peladang, Penternak, Dan Nelayan"

Semoleknya Agriculture tidak ditakrif sebagai Pertanian, malah Agribudaya.

Maka, "Hari Agribudayawan".

Seterusnya,

Menteri Agribudaya Malaysia.

Kementerian Agribudaya Malaysia.

Nak lagi?

Education ialah Pendidikan. Pelajaran? Lihat buku sekolah anak, Pelajaran Satu = Lesson One.

Menteri Pelajaran Malaysia? Ialah Minister Of Lesson Malaysia?

Ada beratus terminologi lagi yang tidak tepat.

Bagaimana Ekonomi dunia, atau Ekonomi Malaysia boleh jadi betul jika Teori Ekonomi, dari mula asalnya takrif pun tidak tepat?

Berapa jumlah Sarjana demikian banyaknya takrif Ekonomi. Namun, Paul Zane Pilzer berjaya menyediakan informasi dari bukunya untuk saya faham Ekonomi.

Perhatikan:

Takrif Ekonomi zaman berzaman, di institusi pendidikan, termasuk tokoh yang disebut oleh Hasbullah Pit dalam pos nya, telah terikat kepada:
Peruntukan melalui pengurusan sumber yang terhad.

The allocation through the managing of limited resources.
Itulah yang dikongsi dengan saya oleh Cikgu, dan Pensyarah, serta rakan saya, sehubungan subjek Ekonomi dahulu.

Manusia mentakrif untuk memahami sesuatu terma mengikut pemerhatian akan masyarakatnya supaya terbentuk Ilmu.

Namun berbeza dengan beberapa insan yang melihat kebesaran Allah dan mahukan Ilmu dari Yang Maha Alim.

Maka ditakrifkanlah bahawa Ekonomi ialah:
Satu perkongsian limpahan kurniaan-Nya untuk memanfaatkan semua.

The sharing of The God's abundance to benefit all.
Kepada Hasbullah Pit, saya kemukakan, perkataan, ayat, dan surah mana, termaktub dalam Kitab-Nya, yang Allah sebutkan sebagai minyak?

Membuktikan bahawa minyak adalah sumber dari Allah. Bukan adunan kimia manusia.

Jadi untuk memahami limpahan kurnia-Nya, minyak, siapakah pemimpin di Malaysia yang ikhlas niatnya mencari penyelesaian total supaya bahan ini memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Pemimpin yang mentaliti terhad mana, dan siapa Menteri Sposen yang kata "Minyak Dunia akan habis?"

THE END OF SCARCITY

Many economists and writers on economics today don’t understand how wealth is created. The study of traditional economics is defined as the study of scarcity—how to distribute a limited supply of critical resources such as farmland, minerals, food, fresh water. Communism, socialism, capitalism, and so on, are all theories of how economies should function.

I believe that there is no real scarcity.
..

http://www.paulzanepilzer.com/
InsyaAllah, bersambung...