Gelombang Rakyat

Kewangan Malaysia - Pak Lah Najib Dan Para Pemimpin BN Tidak Tahu & Tidak Mampu

Ada yang menyatakan sehubungan dengan memberi gambaran kewangan Malaysia, pemimpin seperti Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Nor Mohamed Yakcop, dan lain-lain lagi menipu.

Ada yang berkata mereka masing-masing bukan menipu, namun membuat kenyataan politik yang tidak menyebabkan akibat yang lebih buruk.

Namun, sehubungan Kewangan Malaysia, semakin jelas Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, dan Nor Mohamed Yakcop, sama ada tidak tahu gambaran sebenarnya, atau tidak mampu menanganinya.

Molek sekali mereka bertiga bersara awal. Masing-masing sudah tidak layak menerajui negara, khususnya ekonomi negara.

Abdullah Ahmad Badawi, mantan Menteri Kewangan I Malaysia; Mohd Najib Abdul Razak, Menteri Kewangan I Malaysia, dan Nor Mohamed Yakcop Menteri Kewangan II Malaysia.

Abdullah Ahmad Badawi
www.tranungkite.net
Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com

Nor Mohamed Yakcop
powerpresent.blogspot.com

Sementara mereka dan pemimpin lain juga berada dalam khayalan, mimpi, dan lena, pengkaji dan ahli strategi mengingatkan kita Rakyat Malaysia supaya bersiap sedia.

Gambaran ekonomi Malaysia tidak seindah yang digambarkan Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, Nor Mohamed Yackop, atau lain-lain pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

Selanjutnya:

Dr M's ex-aide: PM 'lied' about financial outlook
S Pathmawathy | Nov 28, 08 5:49pm
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has been accused of lying about the 2009 financial outlook for the country and Malaysians are warned to brace for the worst.
Prove him wrong, win RM5k
Exporters will be in tears
Sementara itu sudah ada yang menyebut perihal pengangguran dan peningkatan jenayah di Malaysia.

Generasi Muda Perlu Sedar Pak Lah & Najib Tidak Lagi Mampu Terajui Negara

2 Juta Pengundi Muda sudah molek dididik siapakah pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tentunya bukan Abdullah Ahmad Badawi, yang rekod pencapaiannya sejak Oktober 2003, tiada.

Mulanya nampak macam Mohd Najib Abdul Razak pengganti yang bagus. Namun dalam tempoh percubaan, dia pun semakin kelihatan tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Perkara asas kewangan pun, ramai yang lebih tahu, dan Mohd Najib Abdul Razak tidak tahu banyak.

Perhatikan:

Dari Blog

Blogger Hasbullah Pit

Beras Terpilih

Najib Membawa Kita Hanyut Bersama Bretton Wood II

11/25/2008 09:26:00 AM | , Diberitakan bahawa seolah-olah Najib yang mencadangkan supaya diadakan Bretton Wood II

Diberita yang sama, kelihatan seperti Bretton Wood masih lagi dipakai, tetapi perlu dirombak.
Bila pemimpin UMNO membuat keputusan demi keputusan begini, tiada seorang pun pemimpin Barisan Nasional, yang berani menegur. Sama ada mereka pun sama-sama tidak tahu, atau mereka tahu sikit-sikit, mereka akan puji keputusan pemimpin UMNO ini, demi supaya mendapat kedudukan yang baik dalam kerajaan atau ganjaran seumpama.

Akhirnya kita Rakyat Malaysia juga yang terkena akibatnya.