Gelombang Rakyat

BLOW - UMNO Perlu Akur Cadangan Ku Din Bubarkan Putera Puteri UMNO Sekarang..!

Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail
www.ukm.my
Berita Terkini:

Puteri, Putera

disyor dibubarkan

elak politik wang

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, mencadangkan sayap parti, Puteri dan biro Putera dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang.

Sambungan di sini:

http://www.bharian.com.my/

Ya, Puteri UMNO dan Putera UMNO perlu dibubarkan sekarang. Ini membolehkan Jawatankuasa Disiplin UMNO, pimpinan Tengku Ahmad Rithauddeen bekerjasama dengan SPRM, untuk cuci bersih UMN dari gejala rasuah dan politik wang selama 50 tahun akan datang.

Sesudah bersih, barulah UMN jadi UMNO kembali.

Sementara itu, mereka dalam Puteri UMNO dan Putera UMNO setelah dibubarkan boleh mensucikan diri, hijrah ke dalam PAS - Parti Islam Se-Malaysia, PKR- Parti KeADILan Rakyat, dan DAP - Democratic Action Party.

Kita perlukan semua tenaga muda untuk menawan 6 Juta Pengundi sebaya, untuk memberikan kemenangan paling besar kepada Pakatan Rakyat.

Adik-adik, syok bila kita ada Perdana Menteri Malaysia yang baru dari Pakatan Rakyat. Seronok Pakatan Rakyat bentuk kerajaan baru di Malaysia.

InsyaAllah, adik-adik boleh terus berperanan mempastikan setiap Rakyat Malaysia dimajukan, dan sama-sama kita makmorkan Negara kita, Malaysia.

Yes! Putera UMNO dan Puteri UMO, bubar sekarang, dan Hijrah ke Pakatan Rakyat, sekarang..!

Berapa Juta RM Telah DiBelanjakan? Ini Baru Pencalonan Belum Pemilihan Lagi..!

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



01. Hakikatnya wang diperlukan untuk melaksanakan kempen ke arah kemenangan dalam pencalonan di peringkat UMNO Bahagian. Lantaran cadangan supaya kadarnya ditetapkan.

02. Pendedahan Mahathir Mohamad, rasuah politik wang berlaku di peringkat pencalonan UMNO Bahagian.

03. Pendedahan Tengku Razaleigh Hamzah, sejumlah berapa Juta RM telah dibelanjakan di peringkat pencalonan UMNO Bahagian.

04. Pendedahan seorang Blogger, jumlahnya mungkin mencecah hampir 4 kali ganda yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

05. Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sudahpun kenalpasti calon yang menggunakan rasuah politik wang untuk membeli undi di peringkat pencalonan UMNO Bahagian kali ini.

Persoalannya ialah:

Ini baru peringkat pencalonan UMNO Bahagian. Bagaimana pula dengan di peringkat pemilihan?

Patutkah Perhimpunan Agung UMNO dari 9 Mac 2009 dikembalikan ke tarikh 24 Disember 2008?

Khabarnya untuk mengelakkan rasuah politik wang yang berpanjangan.

Pun begitu, berapa tahannya pengamal rasuah politik wang untuk terus memberi jika Perhimpunan Agung UMNO ialah 9 Mac 2009?

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

Sistem Pemokaian Pemimpin Haprak UMNO - Up Kan 1 Undi RM 200,000..!

Rais Yatim
www.bernama.com.my

Rais Yatim sinis berkata, gunakanlah sistem Tender sahaja untuk pemilihan pemimpin UMNO.

Shahidan Kassim
rulers.org

Shahidan Kassim sambut kata, Tender Rais Yatim Dulu, harga RM 1.



Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, tahu gejala rasuah politik wang amalan beberapa pemimpin Haprak dalam UMNO. Kebimbangnya bermakna.

Jadi berapa sebenarnya Pemimpin Haprak UMNO ini merasuah dengan amalan politik wang ini?

Entah Lah.

Kita dengar laporan individu kepada Mahathir Mohamad:

Mahathir Mohamad
www.abc.net.au
RM 2 ..?
mSTAR Online melaporkan:
Mutakhir »
Mahathir: Perwakilan terima ganjaran wang politik hingga RM20,000

PETALING JAYA: Ketika gejala politik dalam pemilihan Umno hangat diperkatakan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mendakwa berdasarkan perkembangan semasa setiap perwakilan mampu memperoleh sehingg RM20,000.


Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.


Itu sikit. Tak kan Lah nilai penerima banyak itu sahaja untuk satu undi.

Keluarkan Lah pemberitahuan, setiap undi yang hendak dibeli oleh mana-mana Pemimpin berciri jenayah rasuah politik wang dalam UMNO ini, hendaklah memberi paling kurang pun RM 200,000 bagi satu undi.

Semakin cepat dia dan mereka pokai..!

Sistem Pemokaian Dan Tundaan Lagi Perhimpunan Agung UMNO

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pemilihan yang panjang boleh menyumbang kepada lebih banyak berlakunya kes politik wang.

Perincian dan banyak lagi bahan menarik di mSTAR OnLine.

Terkini ada kerisauan dan kebimbangan para pemimpin UMNO bahawa kempen yang panjang menjadikan kes rasuah bentuk politik wang semakin meningkat banyak.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.


Ertinya ada pemimpin yang sanggup menjadi haprak dengan niat ingin menang pertandingan dan menduduki kerusi kuasa kepemimpinan UMNO, dengan membeli undi sewaktu pencalonan peringkat UMNO Bahagian, dan seterusnya membeli pula undi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

Membendung macam mana pun ianya tetap berlaku. Maka apakah mungkin pendekatan berikut diambil segera.

Perhimpunan Agung UMNO telah ditunda dari 19 Disember 2008 ke 9 Mac 2009.

Jika terdapat walau satu kes pun rasuah politik wang yang terbukti, maka automatikkan Perhimpunan Agung UMNO ditunda lagi ke 9 April 2009. Tempoh berkempen pun dipanjangkan. Seterusnya dipermemperpanjangkan lagi dan lagi...

Ini mendesak pengamal rasuah politik wang di kalangan beberapa pemimpin UMNO untuk menabur duit untuk membeli undi.

Tundaan dari bulan ke bulan, dilakukan sehingga mereka ini pokai.

Itu Lah, Sistem Pemokaian.

Surat pekeliling dikeluarkan supaya ketua berkenaan dan perwakilan akan didenda sekiranya menerima di antara bawah RM 20 ke RM 9,999.

Jika ada pemimpin ingin merasuah dengan politik wang, hendak Lah menerima RM 10,000 ke RM 100,000 bagi setiap undi yang ingin dibeli.

Apa macam?


Berkaitan:

Blog umnomore
:

Jumaat, Oktober 24, 2008

Lagi langkah atasi Rasuah Politik

tiap tiap tahun pun cam ni gak. Asyik dengan langkah ... langkah ... langkah.
Tak pernah berjaya. Kerana UMNO memang untuk rasuah dan rasuah untuk UMNO.
Korang belasah je la duit rasuah tu. Bukan tak biasa.