Gelombang Rakyat

biGlory - Maner Ader RM 50 Juta..! Braper Dalam Perot Katak Nan Dah Kaya..?

Zizi Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa nak tahu gak...braper?

Kalor bukan RM 50 Juta...

Braper semnornyer?

Kan..?




P 36 Kuala Terengganu - Apakah Suatu Nusrah-Nya Dan PAS Pun Menang..!

Selepas Pos pagi tadi, saya menung. Lama merenung...

Saya nampak ada happening di P 44 Permatang Pauh. Di hari Ke-5, sudah nampak Mohd Najib Abdul Razak hilang kawalan dan sentuhan, aktiviti 5 hari kemudian, mengakibatkan peratus kekalahan calon Barisan Nasional merudum, ketika itu Bloggers and Forumers tahu Anwar Ibrahim, InsyaAllah menang.

Countdown terkini, 5 hari juga berlalu, tetapi di P 36 Kuala Terengganu. Walaupun PAS masih mendahului ketika ini, di antara 60 peratus hingga 65 peratus. Mohd Najib Abdul Razak masih ada banyak cards untuk meningkatkan jumlah 35 peratus hingga 40 peratus ini.

Sedari pagi, tiada pos di Satu Blog Total. Saya sekeluarga pergi makan khenduri. Adik Ipar kahwin. Kami anak yatim, maka kamilah jadi waris meja bulat.















Di meja bulat ada perwakilan keluarga dari DUN Kulim, perwakilan dari DUN Kijal, perwakilan dari DUN Gombak, dan Blogger dari Shah Alam.

Sambil pasangan pengantin syok cerita apa yang lazat mereka ceritakan, kami pula sambil kecap nikmat makanan yang lazat, di meja bulat kami cerita politik.

Banyak fakta diperolehi. Namun saya tumpukan satu soalan yang memenungkan saya sejak pagi tadi...
P 36 Kuala Terengganu - Apakah Suatu Nusrah-Nya Dan PAS Pun Menang..!
Setakat ini, belum ada jawapan pasti.

Saya teringat dalam filem Antara Dua Darjat.
... dan S. Kadarisman (Tengku Mukri)
384 x 281 - 21k - jpg
nazirulhazim.blogspot.com
Watak P Ramlee bertumbuk dengan Watak S Kadarisman. Man to Man. Alih-alih, S Kadarisman main senapang. Wah! Ini tidak adil. Maka datanglah Nusrah. Watak Yusuf Latif, dan senapang.

Maksudnya, di P 36 Kuala Terengganu

MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut berdepan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

PAS berdepan UMNO

Pakatan Rakyat berdepan Barisan Nasional.

One to One. A clean fight.

Tetapi, Kuala Terengganu banjir. Dibanjiri wang dalam bentuk peruntukan pembangunan dari kerajaan pusat sebagai satu aspek pakej rangsangan fiskal.

Adeh!

Laporan dari suatu kawasan di Terengganu, wang sungguh Lah banyak diperuntukkan, pemimpin dan ahli masyarakat lemas. Dalam keadaan sudden ini, mereka pastikan apa yang patut dibangunkan, dibangunkan sekarang. Apa yang tidak patut dibangunkan, dibangunkan juga sekarang.

Ertinya usah terkejut, reban ayam pun di kelilingi pagar batu oleh kontraktor berwibawa, walaupun Kelas F.

Selain itu, contoh lain, fikirkanlah sendiri, jika andapun diberi peluang membangun jika dulu peruntukan contohnya RM 10,000, kini kawasan yang sama, anda diberikan RM 10 juta.

Sementara itu, laporan dari Kulim menunjukkan Jawatankuasa Disiplin UMNO menangani Politik Wang, dan Badan Pencegah Rasuah dianggkat menjadi Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia, berada dalam satu kedudukan 1990an, ketika kini pemain politik wang dan pengamal rasuah sudah semaju 2050.

Dari aspek teknikal, semua haprak ini tidak akan dapat dikenakan tindakan, tidak akan dapat didakwa, malah mereka lepas, bebas, terus dengan amalan keji itu dan pulak itu naik ke puncak kuasa politik dan mereka akan kaut seberapa banyak Ringgit Malaysia, mengikut kemahuan mereka.

Menyedari hakikat ini, PAS dan Pakatan Rakyat perlukan satu nusrah, supaya Rakyat Malaysia seluruhnya, dan di P 36 Kuala Terengganu khususnya, dapat turut kecap nikmat kemewahan secara adil dan saksama.

Apakah nusrah itu?

Lawak Pemimpin - 3 Jenisnya

Majoriti Pengundi di P 36 Kuala Terengganu dikatakannya akan mengundi calonnya. Sedangkan semakin ramai yang telah jelak dengan partinya. Pemimpin ini dikatakan Optimis Tinggi Impian.

Tidak diketahuinya majoriti Pengundi di P 36 Kuala Terengganu akan mengundi siapa. Namun dia sentiasa melihat pengundi akan memilih calon lawan. Pemimpin ini dikatakan Pesimis Taraf Bangang.

Tidak diketahuinya Pengundi di P 36 Kuala Terengganu akan mengundi siapa. Apa yang dia tahu ialah berapa RM nak bawak ke sana supaya cukup, dan berapa RM perlu dikasi setiap orang untuk menang pilihanraya ini. Pemimpin ini dikatakan Pengamal Rasuah Politik Wang.

Jaga-jaga...

Betulkah Pemilihan Peringkat UMNO Bahagian Telah Cecah Angka RM 200 Juta Dilakukan Secara Terbuka?


Tengku Razaleigh Hamzah
mykuli.blogspot.com

Mula-mula Mahathir Mohamad mendedahkan. Kemudian, terkini Tengku Razaleigh Hamzah, pula mendedahkan rasuah, politik wang dalam pemilihan peringkat UMNO Bahagian.

Menurut Tengku Razaleigh Hamzah:

01. Belian undi sudah mencecah angka RM 2 Juta bagi seorang yang mempunyai kuasa mencalon.

02. Pertukaran RM 2 Juta ini dilakukan secara terbuka.

03. Kira-kira RM 200 Juta telah berpindah tangan dalam pemilihan pringkat UMNO Bahagian kali ini.


Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Namun soalnya kenapakah hanya Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang tahu dan menghebahkan perbuatan ini?

Siapakah pemimpin yang telah memberi dan siapakah pemimpin pelapis yang telah menerima?

Jika dilakukan sedemikian terbuka, kenapakah pemimpin atasan tidak tahu, jika tahu tidak mendedahkannya secara hebahan umum?

Jika tiada usaha yang tegas membasmi rasuah, politik wang, dalam UMNO, maka amalan keji ini akan berterusan dan menjadi semakin ganas.

Jika pemimpin tertinggi pejam sebelah mata atau buat-buat tak nampak, amalan keji ini dilakukan tanpa sebarang gentar akan apa juga tindakan.

Buktikan semua ini berlaku.

Kemudian batalkan semua pemilihan peringkat UMNO Bahagian ini.

Perkenalkan Sistem Pemilihan di mana calon tidak diketahui para pemimpin yang bertanding.

Namun, pastikan Abdullah Ahmad Badawi bersara awal.



Berkaitan:

Dari Blog KerabuBersuara:

November 3, 2008

RM200 JUTA DI HABISKAN BAGI PEMILIHAN KALI INI. TAHNIAH UMNO..duit rakyat..~malaysiakini

bangang punya pemimpin....rakyat kat bawah ni dok menderita...semua kos mahal...hang mudah je guna duit rakyat...aku tak halal dunia akhirat

InsyaAllah, bersambung...

Sistem Pemokaian Dan Tundaan Lagi Perhimpunan Agung UMNO

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail tidak menolak kemungkinan tempoh kempen pemilihan yang panjang boleh menyumbang kepada lebih banyak berlakunya kes politik wang.

Perincian dan banyak lagi bahan menarik di mSTAR OnLine.

Terkini ada kerisauan dan kebimbangan para pemimpin UMNO bahawa kempen yang panjang menjadikan kes rasuah bentuk politik wang semakin meningkat banyak.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Penulis Aktif di TranungKite OnLine ini, juga ialah Penulis Jemputan Dr Sid, di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers.


Ertinya ada pemimpin yang sanggup menjadi haprak dengan niat ingin menang pertandingan dan menduduki kerusi kuasa kepemimpinan UMNO, dengan membeli undi sewaktu pencalonan peringkat UMNO Bahagian, dan seterusnya membeli pula undi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

Membendung macam mana pun ianya tetap berlaku. Maka apakah mungkin pendekatan berikut diambil segera.

Perhimpunan Agung UMNO telah ditunda dari 19 Disember 2008 ke 9 Mac 2009.

Jika terdapat walau satu kes pun rasuah politik wang yang terbukti, maka automatikkan Perhimpunan Agung UMNO ditunda lagi ke 9 April 2009. Tempoh berkempen pun dipanjangkan. Seterusnya dipermemperpanjangkan lagi dan lagi...

Ini mendesak pengamal rasuah politik wang di kalangan beberapa pemimpin UMNO untuk menabur duit untuk membeli undi.

Tundaan dari bulan ke bulan, dilakukan sehingga mereka ini pokai.

Itu Lah, Sistem Pemokaian.

Surat pekeliling dikeluarkan supaya ketua berkenaan dan perwakilan akan didenda sekiranya menerima di antara bawah RM 20 ke RM 9,999.

Jika ada pemimpin ingin merasuah dengan politik wang, hendak Lah menerima RM 10,000 ke RM 100,000 bagi setiap undi yang ingin dibeli.

Apa macam?


Berkaitan:

Blog umnomore
:

Jumaat, Oktober 24, 2008

Lagi langkah atasi Rasuah Politik

tiap tiap tahun pun cam ni gak. Asyik dengan langkah ... langkah ... langkah.
Tak pernah berjaya. Kerana UMNO memang untuk rasuah dan rasuah untuk UMNO.
Korang belasah je la duit rasuah tu. Bukan tak biasa.