Blog "ikutsukaaku" ada teguran, kutukan dan gurauan. Amalan bodek, ampu dan jilat tiada di sini. Samada PR atau BN semuanya aku belasah. Jangan marah... tak puashati sila email (zergdukes@gmail.com). Selamat Datang...
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyarankan agar Akta Penyiaran 1984 diletakkan semula di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan.
Keperihalannya ialah perubahan pemimpin, kepemimpinan, parti, dan gabungan yang memanfaatkan supaya memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.
Telah lama ku perhatikan.
Perubahan ini tiada berlakunya.
Ternyata jelas mengekalkan tradisi penuh rona dan noda.
Wa nengok kalau kerajaan Barisan Nasional wat perjanjian sama syarikat beri khidmat, apapun Rakyat Malaysia kena tanggung kos.
Ada kecuali ke?
Bagi tau Wa, sebab Wa nak tau.
Tapi pada Wa ini contoh nye.
Silakan ISA - Ikut Suka Aku...
Di blog "ikutsukaaku" ada teguran, kutukan, sekadar tepuk-tepuk dan sesekali berlawak, bodek, ampu, jilat takda kat sini, kalau nak juga pergi cari kat blog pro-umno. Jadi ikut suka aku nak tulis apa pun, Jangan marah... Kalau tak puashati sila email (zergdukes@gmail.com). Selamat Datang ke blog ini... terima kasih.
KUALA LUMPUR: Kadar tol di lima lebuh raya akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuatkuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata kenaikan kadar tol itu membabitkan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur(Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE). Klik sini Lagi kat sini:
Kenaikan itu membabitkan lebuhraya Plus, Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).LAGI
Kemelut politik yang melanda Pakatan Rakyat Perak sehingga mencetuskan krisis perlembangaan dan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin pada Jumaat (6 Feb), sememangnya telah dijangka sejak dari awal lagi.
Ini kerana UMNO/BN yang merupakan sebuah komponen parti politik yang rakus kuasa di Negara ini tidak mungkin membiarkan kerajaan Pakatan Rakyat terus berkuasa di negeri-negeri yang telah ditumbangkan pada PRU `12. Kejatuhan regim UMNO/BN telah dilakukan melalui undi rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Namun, atas sisa kuasa yang masih dimiliki oleh mereka (UMNO/BN), digunakan semaksimanya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan cara yang pelbagai. Antaranya, ugutan, tawaran jawatan dan rasuah duit. Kaedah yang digunapakai oleh mereka bukan lagi menjadi rahsia umum, bahkan sudah keperingkat menjadi budaya mulia dikalangan mereka (UMNO/BN).
Setelah mereka berjaya melumpuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kini tidak mustahil mereka akan terus ke neger-negeri lain terutamanya Kedah. Kedah menjadi pilihan kedua kerana ia diwakili oleh 16 adun PAS, lima adun PKR dan satu adun DAP. Dengan kelebihan majoriti lapan kerusi dalam PRU 12 lalu, kerajaan Pakatan Rakyat dapat ditubuhkan di Kedah dalam tempoh tidak sampai 72 jam. Dan di kira sebagai kerajaan negeri yang paling awal berjaya dibentuk dengan perkenan KDYMM Al-Sultan Kedah Darul Aman.
semakin dekat semakin sayang semakin rindu untukku dekat padamu, oh Tuhan kenapa ku diseksa kenapa menderita
PM kau buatku merana- rintihan hati kecil pak jib dan rosmah
February 3, 2009 12:22 PM
Seterusnya sama penting pendapatnya ialah ISA - Ikut Suka Aku...
Oohhh...Najib layan lagu "joget pahang." seronok nak jadi PM
Paklah layan lagu "dekat tapi jauh" saja sindir najib.
February 3, 2009 4:47 PM
Terima kasih kengkawan yang memeriahkan lagi Blog Wa.
Pada wa sama lah. Tari cam gitu dan permainan dalam politik. Kalau takat tarian jah, itu atas stage. Tapi politik membabitkan Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.
Kalau roboh macam mana? Ini bukan takat Kota Melaka. Same juge le ngan Kota Perak hangat sekarang weh, dan Kota seluruhnya dan Negara kita...
Kepada Rakyat Negeri Selangor dan khususnya kepada penduduk Shah Alam. Pada hari Ahad ini bersamaan dengan 1hb Februari 2009, akan di adakan Kempen Merakyatkan Ekonomi Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
Bertempat di: Dewan Bayam (MBSA) Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Tarikh : 01 Februari 2009 ( Hari Ahad )
Masa : 10.00 pagi - 01.00 tengahari
Khusus kepada golongan sasaran iaitu:
1) Wargaemas yang berumur 60 tahun keatas.
2) Golongan berpendapatan rendah RM1500.00 kebawah sebulan.
3) Para Ibu Tunggal.
4) Para Ibu-Bapa kepada anak-anak yang dilahirkan pada tahun 2008.
5) Dan kepada semua pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.
Tujuan kempen ini bagi memenuhi janji Kerajaan Negeri melalui Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam Pilihanraya ke 12.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan En. Hisyam (016-287 0947) dan En. Roslan (017-661 0357)
Jika tengok gambar kat Blognya, nampak berusia. Namun redup tenang renungannya. Tapi bila bersemuka, amboi mudanya dia. Terasa kami sudah hampir sebaya. Beza banyak pada pengalaman dan pendedahan. Nur dari dalam memancarkan seri daya tarikannya.
Walau sekejap bertemu kembali, sempat mendakapnya penuh mesra, usik mengusik, berkongsi maklumat manfaat bersama, dan menyusun strategi untuk faedah ramai.
Sama pentingnya ialah Bloggawan hebat, Radenjowo, ISA - Ikut Suka Aku, dan Mat Comot. Semakin rapat pula kami...
Mengikuti perkembangan kes Altantuya melalui A Total Blog, tiba-tiba Isa tergelak sendiri.... apa tidaknya, berkenaan lain-lain isu yang masih dihujahkan lagi dalam mahkamah, itu lantak pi kat depa....
Sebuah parti politik yang baik ialah menentukan hala dan tuju supaya dengan pemimpin dan kepemimpinannya mendatangkan manfaat kepada Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.
Jika itu hala dan tujunya. UMNO, MCA, dan MIC, molek ditolak. Ini adalah kerana terasnya kepada sesuatu ras.
Sukar untuk dapat kerangka perjuangan untuk semua. Umpamanya UMNO nak lebih dan mesti dilebihkan daripada MCA, dan MIC, umpamanya.
UMNO menjadi buruk dan teruk kerana atas kertas dan pada tulisan perjuangan ialah satu ras, namun ras istimewa diutamakan kepada yang akrab dengan pemimpin utama. UMNO Melayu punya sudah jadi keluarga dan kawan kami punya.
MCA yang membayangi Parti Gerakan Rakyat Malaysia, bakal berlaku sebaliknya, terutama pemimpin tertinggi sekarang tidak jelas perjuangan mereka, kerana saling berlaga.
MIC dulu amat dikagumi masyarakat yang diwakilinya, namun disebabkan pemimpin dan kepemimpinannya telah mengwujudkan parti serpihan kerana tiada peluang melainkan seorang sahaja yang sama itu-itu juga kekal sebagai Presiden.
Dalam Barisan Nasional, di luar nampak cantik namun di dalam keserabutannya memang ibarat ribuan retakan menanti belah bersepaian.
Itu di suatu pihak. Di pihak lagi satu, Pakatan Rakyat dan parti politik dalam pakatan ini masih baru berkuasa di beberapa negeri dimenangi mereka.
Macam orang baru pindah rumah, mereka ingat rumah baru ialah rumah lama. Maksudnya, kita masih melihat pemimpin dan parti seperti Pembangkang.
Jika tiada kena gayanya, Pakatan Rakyat akan menjadi sama seperti Barisan Nasional. Tak lebih tidak kurang. Sama.
Rakyat Malaysia tiada pilihan lain.
Ajakan supaya tolak UMNO, tolak Barisan Nasional kerana mereka tidak cakap dan mereka tidak buat. Pastinya tiada harapan lagi kepada parti dan gabungan ini.
Ajakan supaya sokong Pakatan Rakyat, PRK - Parti KeADILan Rakyat, PAS - Parti Islam SeMalaysia, dan DAP - Democratic Action Party, ialah kerana mereka belum dan baru nak buat, namun mereka sudahpun bercakap sebelum PRU 12. Ada harapan yang dikongsikan.