Gelombang Rakyat

TokPenghulu TranungKite OnLine Lulus Artikel Buah Busuk Yakni Ibarat Pak Lah

Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur
Dilulus terbit pada Friday, October 10 @ 16:00:00 MYT oleh TokPenghulu
Coretan @ Luahan Oleh zublizainordin

Zubli Zainordin Avatar


" Jika buah sudah berdebu, berkulat, busuk, dan berulat tiadalah ia mendatangkan manfaat lagi kepada manusia. Melainkan dibuang begitu sahaja.

Abdullah Ahmad Badawi dikatakan baik orangnya dan terdapat beberapa kebaikannya. Sehingga 30 sejak jam 7 pagi, sanggup berdiri terpacak di hadapan kediamannya dan kemudiannya 70 orang lagibegitu juga kesanggupannya, di tempat pengumumannya 8 Oktober 2008 yang lalu, untuk menjerit sokongan kepadanya.

Namun sebagai pemimpin dia amat buruk dan kepemimpinannya amat teruk. Tiada pernah dalam sejarah negara kita, terdapat pemimpin seperti ini. Semoga pemimpin berikutnya sebagai pengganti dan lain-lain pemimpin kelak, menjadikan dia sebagai pemimpin sempadan yang tidak molek dicontohi.

Sambungan kat sini:

http://www.tranungkite.net/


Komen Forumer Hebat!

"Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur" | Configure | 7 comments | Search Discussion
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

Re: Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur (Score: 1)
by joarpinto on Friday, October 10 @ 16:49:36 MYT
(User Info | Send a Message)
tebang terus....cabut ngan akor-akor skali....
bubuh racun byk-byk....


[ Reply to This ]


Re: Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur (Score: 1)
by terkesan on Friday, October 10 @ 17:11:22 MYT
(User Info | Send a Message)
Nampaknya Pejuang HAD HARI udah tumbang SATU PESATU.........Kita nengok Geng MAna PULAK yg nyunsur...... Parah!!!


[ Reply to This ]


Re: Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur (Score: 1)
by jayabdih on Friday, October 10 @ 18:26:17 MYT
(User Info | Send a Message)
Siapa pun pemimpin ada cacat celanya. Nobody is perfect. Kalau anda kata ada, namakan selain Nabi Muhammad. Inilah ciptaan Allah yang diciptakan kurang. Kalau Pak Lah teruk sangat, kenapa anda tak volunteer ganti. Pandai juga menilai orang lain... apa macam diri sendiri? Dah ramai ke yang sudah khattam agama yang dibimbingi? Anak sendiri atau keluarga sendiri dah berpuluh-puluh ke yang dah graduate dengan master atau PhD? Dah berapa keluarga yang usahawan jutawan?

Dah buat kajian saintifik? Dah berapa buku ditulis untuk bacaan umat? Sedekah dah banyak ke? Solat sunat-sunat bagai mana? Jawab dulu persoalan ini sebelum menilai pemimpin lain.



[ Reply to This ]


Re: Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur (Score: 1)
by matfikir on Friday, October 10 @ 18:48:39 MYT
(User Info | Send a Message)
Apa kata kalau saintis tu cuba gunakan baja tanaman terbaru yang dinamakan C4, cara guna dia memula letakkan baja tu kat sekeling batang pokok pas tu bakar.

Kalau nak buat tempahan, sila hubungi tok jib yang jual besi buruk kat pekan.


[ Reply to This ]


Re: Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur (Score: 1)
by matfikir on Friday, October 10 @ 18:58:12 MYT
(User Info | Send a Message)
Saudaraku Jayabdih,
orang tetua kata daripada hidup menyusahkan orang, lebih baik mati.

Kalau orang biasa silap buat keputusan, kesilapan itu hanya akan menyusahkan segelintir orang sahaja.

Tapi, kalau pemimpin no 1, negara asyik - asyik silap buat perhitungan, rakyat yang merana.

Semua orang buat salah, tapi kalau asyik terus buat salah. Lepas diberitahu dan ditegur apa yang dibuat tu salah tapi masih buat juga...
Camna tu... Lu fikirlah sendiri.


[ Reply to This ]

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Pak Lah Ibarat Buah Busuk Yang Tak Gugur-gugur
  • Pengumuman Pak Lah 8 Oktober 2008 Kita Dipermainkannya Tarian "Gohead-Gosta
  • Tersasarnya Mentafsir Sasaran Pak Lah Barbanding Anggapan Orang Lain
  • Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi...
  • Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawa


  • InsyaAllah, ada lagi...

    Teka Teki Pak Lah - Esok Telah Dilengah Lusa Bakal Ditunda Jika Tulat Maka Tertonggeng

    Penulis:

    Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

    Pos # 82

    Di TranungKite OnLine:


    Tersasarnya Mentafsir Sasaran Pak Lah Barbanding Anggapan Orang Lain
    Dilulus terbit pada Tuesday, October 07 @ 15:49:59 MYT oleh TokPenghulu
    Pendapat Oleh zublizainordin

    " Sejak 31 Oktober 2003, Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah menyebut bahawa, dia akan letak jawatan, lepaskan jawatan, berhenti, undur, turun, bersara awal, melakukan peralihan kepemimpinan, melakukan perpindahan kuasa, atau seumpamanya, di atas ketetapan dirinya sendiri lalu mengumumkan keputusan muktamad itu secara sah, ke seluruh negara.

    Jika ada semacam itu kemudiannya, yang kabur dan tidak jelas, maka itu disusuli dengan pengumumannya, hanya kerana, pertama: ada yang mendesaknya, kedua: ada asakan undi tidak konfiden akan kepemimpinannya, ketiga: suasana resah yang panas meluap lalu mahu diredakannya, dan keempat: memperlahankan kemaraan individu pemimpin yang mahu duduk di semua kerusi berkenaan yang sedang seronok didudukinya.


    Teka teki, tarik tali, sorong tarik adalah permainan yang dimainkan oleh Abdullah Ahmad Badawi sejak 9 Mac 2008.

    Tanpa disedari, Abdullah Ahmad Badawi, pada ketika ini masih memegang semua jawatan utama yang berkenaan, termasuklah masih sebagai Presiden UMNO, masih Pengerusi Barisan Nasional, masih Menteri Pertahanan Malaysia, dan masih Perdana Menteri Malaysia.

    Permainan ini dijangkakan bakal terus bersambung lama lagi...

    Jika diteliti, kemudian ditanya berapa orangkah yang benar-benar tahu dengan pasti keputusan yang bakal diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi, secara sah untuk bersara awal, jawatan Presiden UMNO?

    Setakat ini, tiada sesiapapun di kalangan orang lain yang tahu. Sedangkan yang kelihatan ialah Abdullah Ahmad Badawi sendiri belum terfikir untuk membuat keputusan bersara awal itu. Jika tidak tentulah pada 6hb Oktober 2008, keputusan itu telahpun diumumkan ke seluruh negara.

    Apa yang telah berlangsung sejak 8 September 2008, melalui beberapa sidang media yang berkaitan, termasuklah yang istimewanya, pada 26 September 2008, tiadapun jelas walau sekalipun, bahawa Abdullah Ahmad Badawi akan bersara awal dan melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada seorang pengganti yang sedia dimaklumi.

    Pada 6hb Oktober 2008, dilaporkan oleh Zanariah Abd. Talib, di mSTAR OnLine bahawa Abdullah Ahmad Badawi akan umumkan pendiriannya sama ada mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno atau sebaliknya, esok atau lusa.

    Pada esok, ertinya 7hb Oktober 2008 atau lusa, 8hb Oktober 2008.

    Dua kata-kunci yang molek diperhatikan dari laporan berita di atas ialah, *sama ada*, dan *esok atau lusa*.

    Mari sama-sama kita kupas perihal dua kata-kunci tersebut.

    Kata-kunci *Sama ada*

    Tidak ada sesiapapun yang diketahui, tahu apa keputusan yang bakal dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi. Tiada siapapun boleh dengan pasti dan muktamad mengatakan sah bahawa Abdullah Ahmad Badawi bersara awal, dan tidak bertanding jawatan Presiden UMNO. Yakni jawatan yang menjadi tunggak kepada lain-lain jawatan yang berkaitan, sedang disandangnya sehingga kini. Apa yang diketahui ialah *sama ada*.

    Abdullah Ahmad Badawi ternyata bertempoh. Tiada tarikh tetap disebutkannya seperti contohnya, *pukul 5 petang, 8 Oktober 2008 bersamaan 8 Syawal 1429*, dan apa ertinya bila Abdullah Ahmad Badawi berkata mithalnya, *pertengahan 2010*

    Itu sebenarnya cakap orang politik. Apatah lagi, Abdullah Ahmad Badawi pemimpin politik, jika dia mahu namun adakah dia mampu, maka yang kelihatan ialah seolah-olah dia mahu terus memimpin parti dan menerajui negara, sehingga pukul 5 petang, 1 Jun 2100.

    Kata-kunci *esok atau lusa*

    Perhatikan betul-betul ya. Dalam kedudukan Abdullah Ahmad Badawi mahu bertempoh yang lebih lama lagi, bila dikatakannya *esok atau lusa*, disyorkan bahawa, lupakanlah esok atau 7hb Oktober 2008 sebagai tarikh pengumuman keputusannya yang tersebut.

    Dijangkakan tidak berlaku pengumuman keputusannya itu pada 7hb Oktober 2008, maka perhatikan pula 8hb Oktober 2008.

    Apa gambaran yang nampak terkini ialah begini.

    Bayangkan seorang suami tidak mahu menaiki keretapi untuk bersama isterinya, pergi berhari raya di kampung, ke rumah mertuanya.

    Walaupun tidak mahu sebenarnya, namun demi menjaga hati isterinya, diturutinya sampai ke stesyen keretapi itu.

    Bila ditanya oleh isteri akan keputusannya sama ada dia betul-betul mahu pergi ataupun tidak, si suami itu menjawab, yang dia akan memberi keputusan pada pukul 4:50 petang, atau 4:55 petang. Sedangkan keretapi beredar 5:00 petang.

    Dari gambaran itu, mari kita lihat Abdullah Ahmad Badawi pada saat dia mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, tidak sampai beberapa jam, ialah tarikh 9 Oktober 2008, permulaan serentak pencalonan 191 Bahagian UMNO.

    Apakah yang sempat sebarang mesyuarat diadakan oleh pemimpin lain dari tarikh pengumuman keputusan Abdullah Ahmad Badawi itu dengan tarikh mesyuarat pencalonan 191 Bahagian UMNO..?

    Dijangkakan, hanyalah reaksi dan respons sahaja dapat dirakamkan.

    Barangkali anggaran maksud katanya, begini:

    01. Mahathir Mohamad

    Saya telah katakan, saya tidak percaya bahawa Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatan Presiden UMNO.

    02. Mohd Najib Abdul Razak

    Saya berbangga bahawa Abdullah Ahmad Badawi masih lagi mahu terus berkhidmat kepada parti dan negara. Saya pun tidak merasakan perlu bersegera. Jadi, saya kekal dengan pelan peralihan, dan kini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

    03. Tengku Razaleigh Hamzah

    Saya telah nyatakan, saya tidak kisah sesiapa yang akan bertanding, dan saya tidak kisah dengan siapa saya bertanding. Saya menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO, dan sedia menerima pencalonan yang mencukupi kuota dari 191 Bahagian UMNO.

    04. Muhyiddin Yassin

    Parti kita masih berada dalam keadaan tidak menentu kerana kelemahan pucuk pimpinan, dan dengan kekalnya pelan peralihan seperti asal, jika tidak kena gayanya, kita perlu khuatir untuk memenangi PRU 13 kelak. Saya menyerahkan kepada ahli dan pemimpin 191 Bahagian UMNO untuk mencalonkan saya bertanding jawatan yang mereka rasa sesuai untuk saya terus memberikan khidmat.

    05. Ahmad Zahid Hamidi

    Saya berterima kasih di atas sokongan akar umbi UMNO. Pendirian saya jelas. Saya hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO jika, Mohd Najib Abdul Razak mengosongkan jawatan tersebut. Saya sedia dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden UMNO. Saya juga merakamkan penghormatan semakin tinggi kepada Abdullah Ahmad Badawi di atas keputusannya itu.

    06. Para Pemimpin Lain

    Pujian, kesetiaan, dan sokongan serta respons seperti biasa.

    07. Khairy Jamaluddin

    (Jelas reaksinya boleh dijangkakan, sebagaimana diketahui umum)

    Walaupun kata reaksi dan respons di atas adalah anggaran semata-mata, namun natijahnya jelas, sebagaimana yang telah kita ketahui dari hal yang sama terdahulu bila ianya berkaitan keputusan yang dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi.

    Justru, apakah cara sekarang ini, bagi Abdullah Ahmad Badawi, akan janji yang telah dibuat, tetap dikotakan, namun oleh kerana dilengahkan di saat terakhir, maka apakan daya, tarikh berkenaan akan ditunda jika perlu begitu.

    Lantaran Abdullah Ahmad Badawi akan terus kekal di semua kerusi yang didudukinya.

    Jika tidak, satu daripada kerusi itu mungkin dilepaskan dengan keberatan, lalu menjadi berat kepada pemikul yang mengganti duduk dikerusi tersebut, kerana Abdullah Ahmad Badawi masih pemimpin teraju negara, yang belum tentu tarikh dan masa tepat, dia bersara sepenuhnya.

    Rujukan:

    http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/06/pak-lah-a-childs-guessing-game-so-get-ready-for-a-postponement-again/

    http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/pak-lah-dijangka-umum-esok-atau-lusa.html


    "
    Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Tersasarnya Mentafsir Sasaran Pak Lah Barbanding Anggapan Orang Lain
  • Pak Lah Teka Teki Kemudian Bersara Awal Pun Tak Jadi...
  • Pak Lah Belumpun Umum Secara Rasmi Para Pemimpin UMNO Sudah Mula Tawar Diri
  • Apa Cerita Zahid Hamidi Tanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?

  • InsyaAllah, ada lagi pos terbit di sini lagi kelak...