Gelombang Rakyat

Lawak Orang Perak? Zahid Oii Umbi Udoh Berakor

Ingat tidak lawak ini?

Lawak Orang Perak - Zahid Ngan Akor Umbi


Itu lawak dulu, terkini, ramai jugak yang hendak tahu pasal apa Ahmad Zahid Hamid, khabarnya telah menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti.

Entah Lah, at least bagitahu Lah saya, ini tidak, menyacak iyak, leboh begitu jer! Umor nyer udah 55, next round udoh baya atok-atok yang tue bangke. Apa ka heir Yeop? Lelame miker tumpo.

Itu baru intro tu, jom kita baca seterusnya perihal Ahmad Zahid Hamidi ini...

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin



Begini Lah, gamaknya lawak nya.

Jangan maghah aargh, lawak sajer-sajer.

...

Pekerja 1: Bos, Bos, ader beriter baik nii Bos...

Zahid: Aper ke bender nye? Beriter baik aper?

Pekerja 2: Hai lain macam jer bunyi nyer. Bos tengoh bad mood ker ari ini?

Zahid: Aku tengoh celaru nii pikioran aku. Heengh, aper ke bender nyer? Beriter baik aper ker?

Pekerja 1
: Kami nok seroh report nii, *Sokongan Akor Umbi Kat Zahid Untuk Jawatan Timbalan Presiden Parti* Heengh, nii Bos! Cyer Bos bacer.

Pekerja 2: Jenuh menaip Bos! Kami pinjam Mesin Taip Burok jer. Lap Top Bos tak sapplai.

Zahid: Lap Top? Ngader-ngader miker nii. Nok mintok upoh lebih ler tuu. Eisyh, maleh aku membacer nyer. Kamu cyeriter jer ler seayat duer.

Pekerja 2: Baik ler Bos! Ini report nyer. Sejumlah, 23 par sen sokong Bos bertandin jawatan Presiden Parti. maner kaler, 67 par sen sokong Bos bertandin jawatanTimbalan Presiden Parti. Baki nyer sokong Bos bertandin keduer-duer jawatan sekaligoih.

Pekerja 1: makner nyer, Bos ler Perdana Menteri, Bos juger ler Timbalan Perdana Menteri. Tak peronah jadi lagi Bos. Ini sejaroh Malaysia Bos.

(Zahid Hamidi nak marah pun tak jadi, dia tergelak terbahak-bahak)

Zahid: Kepala hotak kamu berjamboi! Bede-ah keduer-duer nyer miker ni. Aper asas report miker ni? Kalor tak nok kener luku kepaler, bak balik adban aku bagi marin. Aper asas report miker nii, cyer kamu khabor kan kat aku!

Pekerja 2: Asas nyer tanah ler Bos. Asas aper yang ader lagi...

Zahid: Asas tanah? Lagi..!

Pekerja 1: Ateh tanah tu, kami tengok ader pokok ubi 20 batang. Ari pertamer, kami cabut duer batang. Kami nengok akor nyer. Esok kami cabut lagi duer batang. Kami nengok akor nyer. Seminggu gitu, kami nengok umbi nyer udoh berakor. Berakor panjang...

Pekerja 2: Ateh itu ler asas nyer Bos...

Zahid: Patut ler, silap besor aku ambik miker berduer bekerojer ngan aku. Sampe Che Det pun kater, aku nii sorang pader Jokers.

Pekerja 2: Orang Tuer tu kan nyer reti aper. Orang yang menentu Bos bertandin bukan nyer dier. Akor Ubi sebenor nyer.

Zahid: Tak ngaper ler. Aku tak bertandin dah.

Pekerja 2: Woi! Pase aper?

Zahid: Aku tarik diri.

Pekerja 1: Bahagian diri Bos yang maner Bos tarik?

Pekerja 2: Nok buat aper ler Bos tarik-tarik diri pulok? Nok macam orang giler. Bos kener ler rasional.

Zahid: Rasional kepaler hotak kamu. Ini politit tau dok. Miker berduer maner reti. Observe akor ubi buat report setakat itu jer ler yang miker berduer boleh.

Pekerja 1: Jadi nyer? Tarik diri tuu aper sebenor nyer?

Zahid: Aku bukan nyer tarik diri aku. Aku tarik diri dari bertandin. Makner nyer, aku tak bertandin jawatan Timbalan Presiden Parti lagi doh.

Pekerja 2: Kalo tak bertandin, cam maner kiter semuer nok tingge dalam Istaner PeeYem kat PutraJayer?

Zahid: Usoh ngelabun ler. Tak ader nasib kiter macam itu. Tak per ler, bukan rejeki kiter...

Pekerja 2: Kenaper Bos termakan prezhar Che Det tu. Lawan Tetap Lawan!

Zahid: Lawan Tetap Lawan? Macam aku peronah dengor jer slogan tu...Kamu ADIL ker?

Pekerja 2: Bukan ler gitu Bos. Kami Yamno juger sejak dari tok nenek dulu. Cumer nyer, kami ader dengor ceramoh Nuar kat You Tube, baru-baru nii. Sajer jer dengor, bukan nyer aper.

Pekerja 1: Bos! Cyer cakap bebenor nyer. Siaper yang prezhar Bos sebenor nyer? Tok Lah ker, si Tok Najib ker?

Zahid: Tak payah ler aku cyeriter.

Pekerja 2: Kalo udoh tak payah, cyeriter ler Bos.

Zahid: Maksud aku tak perlu ler aku cyeriter pader kamu berduer. Nanti, angin tak der, ribut pun tak der, paser mulot miker berduer, habis keluor surat khabor belaker.

Pekerja 2: Jadi nyer, udoh Bos tak bertandin Timbalan Presiden Parti nii, maker lepaih ini, kami nok kener buat kerojer aper Bos?

Zahid: Miker berduer pegi ler reboih ubi kayu yang miker cabot tu...miker makan ler pueh-pueh selama setahun yer.

Kuang! Kuang!! Kuang!!!

Kedua pekerjanya melopong!

...

InsyaAllah bersambung lagi kelak....
.

Bila Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO, Apa Ertinya?

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin

Pos # 78

Di TranungKite OnLine:

.
Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
Dilulus terbit pada Thursday, October 02 @ 21:49:43 MYT oleh greenboc
Analisis Isu Oleh zublizainordin

"Khabar terkini ialah Zahid Hamidi sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, dalam Pemilihan Pemimpin di Perhimpunan Agung UMNO, yang telah ditunda tarikhnya ke 9 Mac, 2009.

[2.jpg]

Adakah ini menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ulitmayang, lulusan Greenboc, di TranungKite OnLine tidak berapa hari dahulu?


Projek Mahathir Berjaya !!! Pak Lah “Kambing Hitam” , Siapa “Kuda Hitam” ?
Dilulus terbit pada Monday, September 29 @ 14:53:04 MYT oleh greenboc
Analisis Isu Oleh ulitmayang

"a
Pertama , Kononnya akan muncul nya Calon-calon
" Kuda Hitam " atau nama-nama yang tidak disangka akan muncul menawarkan diri untuk merebut jawatan tertinggi UMNO Presiden atau Timbalan, pada pemilihan yang dijadual berlangsung Mac tahun depan Ia akan bergantung kepada keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mempertahankan jawatannya atau tidak , wlaupun ada yang cuba mempertikaikannya, kata mereka " Wajarkah teori 'Kuda Hitam' "

Ataukah ada yang lebih dari itu?

Perhatikan bahawa: Zahid Hamidi tidak bertanding jawatan Presiden UMNO, atau Naib Presiden UMNO. Jawatan yang mahu ditandinginya ialah Timbalan Presiden UMNO.

3 pengertian yang berkemungkinan, ialah:

01. Isyarat kepada semua, bahawa gandingan Abdullah Ahmad Badawi bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, dengan Mohd Najib Abdul Razak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, bakal tidak menjadi kenyataan.

02. Isyarat kepada UMNO Bahagian, bahawa gandingan Mohd Najib Abdul Razak bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, dengan Muhyiddin Yassin bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, kini bakal terdapat satu pilihan lain.

03. Isyarat tambahan kepada UMNO Bahagian, bahawa gandingan Mohd Najib Abdul Razak bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, dengan Zahid Hamidi bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, bakal mahukan dijadikan pilihan.

Hal ini dapat difahami bahawa terdahulu terdapat:

01. Gandingan Abdullah Ahmad Badawi bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, dengan Mohd Najib Abdul Razak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

02. Tiada gandingan Mohd Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin bertanding untuk jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO.

03. Tiada gandingan Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin bertanding untuk jawatan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO.

04. Ada kemungkinan Muhyiddin Yassin bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jika selepas pengumuman Abdullah Ahmad Badawi sama ada bertanding atau tidak jawatan Presiden UMNO, maka Muhyiddin Yassin berkemungkinan juga bertanding untuk jawatan Presiden UMNO, dan tidak berkemungkinan bertanding mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO.

05. Tengku Razaleigh Hamzah hanya mahu bertanding jawatan Presiden UMNO. Itu sahaja. Selainnya siapapun bertanding apa jawatan terpulanglah kepada mereka masing-masing.

Jelas bahawa, satu maklumat baru memberi pelbagai pengertian kepada kemungkinan yang dulu dan yang kini. Namun, InsyaAllah, kita saksikan sama-sama rentetan peristiwa seterusnya khususnya apa yang akhirnya bakal terjadi.

Sebab ada ketikanya calon menarik diri di saat-saat akhir, atau sesuatu di luar jangkaan berlaku. Setakat ini, begitulah.

Rujukan:


http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/02/the-possible-umno-teams-for-president-and-deputy-presiden-posts/

http://satublogtotal.blogspot.com/2008/10/nak-tanya-pahang-daily-kuda-hitam.html
"

Last 10 News Submissions sent by zublizainordin:
  • Apa Mesej Zahid Hamidi Bertanding Timbalan Presiden UMNO?
  • Misteri Pertukaran Portfolio Di antara Pak Lah & Najib Mula Terungkai?
  • Masih Berhelah Maka Sukar Untuk Dipercayai Pak Lah Bersara Awal...
  • 1 Syawal 1429 Pak Lah Minta Maaf Saya Maafkan Tapi Tetap Lah Letak Semua Jawatan
  • Pak Lah Sudah Jumpa satu Rentak Baik Punya Justru Sistem Tundaan Automatik
  • Dr M Nampak Pak Lah Guna Kuasa Memberi Ganjaran Untuk Kekal Presiden UMNO?
  • Majlis Tertinggi UMNO Palu Muzik A-Go-Go Tapi Pak Lah Buat Tari Inang
  • Kenapa Pula Pak Lah Kena Lepaskan Jawatan Presiden UMNO?
  • Informan Dan Pak Lah Di Antara Dengar Fakta Atau Auta
  • Pak Lah Tidak akan Letak Jawatan Dan Terus Kekal Jawatan Presiden UMNO & PM

  • InsyaAllah, ada lagi pos berikutnya di sini...