Gelombang Rakyat

Generasi Muda Perlu Sedar Pak Lah & Najib Tidak Lagi Mampu Terajui Negara

2 Juta Pengundi Muda sudah molek dididik siapakah pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tentunya bukan Abdullah Ahmad Badawi, yang rekod pencapaiannya sejak Oktober 2003, tiada.

Mulanya nampak macam Mohd Najib Abdul Razak pengganti yang bagus. Namun dalam tempoh percubaan, dia pun semakin kelihatan tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Perkara asas kewangan pun, ramai yang lebih tahu, dan Mohd Najib Abdul Razak tidak tahu banyak.

Perhatikan:

Dari Blog

Blogger Hasbullah Pit

Beras Terpilih

Najib Membawa Kita Hanyut Bersama Bretton Wood II

11/25/2008 09:26:00 AM | , Diberitakan bahawa seolah-olah Najib yang mencadangkan supaya diadakan Bretton Wood II

Diberita yang sama, kelihatan seperti Bretton Wood masih lagi dipakai, tetapi perlu dirombak.
Bila pemimpin UMNO membuat keputusan demi keputusan begini, tiada seorang pun pemimpin Barisan Nasional, yang berani menegur. Sama ada mereka pun sama-sama tidak tahu, atau mereka tahu sikit-sikit, mereka akan puji keputusan pemimpin UMNO ini, demi supaya mendapat kedudukan yang baik dalam kerajaan atau ganjaran seumpama.

Akhirnya kita Rakyat Malaysia juga yang terkena akibatnya.

3 comments:

Anonymous said...

saya yakin dan percaya bahawa banyak pemimpin-pemimpin terutama puak-puak umno,tambah-tambah ketua-ketua bahagian yang pada asalnya hanya kerani di-TNB,juruteknik di-PBA(Perbadanan Bekalan Air,P.Pinang)Cikgu Besar yang tak ada ijazah,apa itu 'bretton wood'..berani betting potong telinga..

Anonymous said...

maksud saya mereka tidak tahu(silap taip daa!)

Gelombang Rakyat said...

Najib pun tak tahu. Baru saya tahu pemimpin UMNO siapa dia, manalah mereka pun nak tahu "Bretton Wood".

Mungkin ada yang kenal Tiger Wood selepas para pemimpin begini kenali Golf.

Hahaahaha

Terima kasih Dollah Yankee di atas maklumat ini.