Gelombang Rakyat

Wanita UMNO - Pelan Peralihan Menjadi Tidak Terjadi..!

Rafidah Aziz
www.bernama.com.my



Pelan Peralihan sama ada daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, atau daripada Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil, adalah sesuatu yang tidak kena, dan patut dihindarkan dari amalan UMNO.

Sementara pelan peralihan daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak masih belum pasti, maka sebaiknya dibatalkan sahaja, dan Abdullah Ahmad Badawi bersara sekarang juga, kerana tidak nampak apapun yang dia buat memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Cantik sekali, pelan peralihan diantara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil telah menjadi tidak terjadi.

Terpaksalah demokrasi dikasi kembali kepada ahli UMNO.

Rafidah Aziz bertanding mempertahankan kerusi Ketua Wanita UMNO, kerana Shahrizat Abdul Jalil bertanding untuk menduduki kerusi itu.

Kenapa Shahrizat Abdul Jalil bertanding? Apa telah terjadi dengan pelan peralihan yang dikatakan Rafidah Aziz, telahpun dipersetujuinya?

Menurut Shahrizat Abdul Jalil sebagaimana dilaporkan the New Straits Times OnLine, 3 sebabnya:

Pertama: bahawa pelan peralihan Jun 2009 di antara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil selaras dengan pelan peralihan di antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada pertengahan 2010.

Kedua: bahawa jawatan nombor 1 dan nombor 2 tidak dipertandingkan.

Ketiga: bahawa dipastikan perpaduan di dalam pergerakan Wanita UMNO.

Oleh kerana sebab pertama dan sebab kedua tidak ditepati maka pelan peralihan di antara Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil terbatal dengan sendirinya bila Shahrizat Abdul Jalil bertanding melawan Rafidah Aziz untuk menduduki kerusi Ketua Wanita UMNO.

InsyaAllah, bersambung lagi di sini...

3 comments:

Anonymous said...

ini kalau dok dalam ring,lawan macam orang boxing,mau TKO 3rd round sharizat ni..

Tok Uban said...

Kemungkinan besar perkara ni akan terjadi:
1. Najib akan meletak jawatan sebagai TPM dan menarik diri dari dilantik sebagai Presiden Umno atas alasan masalah kesihatan (alasan biasa).
2. Pak Lah akan dilantik semula sebagai Presiden Umno atas alasan tiada yang layak(alasan yang diberi semasa menang sebagai Ketua Bahagian Kepala Batas).
3. Pertandingan untuk jawatan lain akan diteruskan dan keputusannya adalah:
i. Timbalan Presiden : Muhammad Mat Taib.
ii. Ketua Wanita : Sharizat
iii. Timbalan KW : Dah gerenti.
iv. Ketua Pemuda : Siapa lagi..Khairy
v. Timbalan KP : Geng KJ lah(Naina)
Amacam?...boleh percaya ke....

Gelombang Rakyat said...

Tok Uban

Kemungkinan itu ada.

Jika terjadi ramai yang beruban ler...

Aduhai!