Wanita UMNO - Pelan Peralihan Menjadi Tidak Terjadi..!
Rafidah Aziz www.bernama.com.my |
Pelan Peralihan sama ada daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak, atau daripada Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil, adalah sesuatu yang tidak kena, dan patut dihindarkan dari amalan UMNO.
Sementara pelan peralihan daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak masih belum pasti, maka sebaiknya dibatalkan sahaja, dan Abdullah Ahmad Badawi bersara sekarang juga, kerana tidak nampak apapun yang dia buat memanfaatkan Rakyat Malaysia.
Cantik sekali, pelan peralihan diantara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil telah menjadi tidak terjadi.
Terpaksalah demokrasi dikasi kembali kepada ahli UMNO.
Rafidah Aziz bertanding mempertahankan kerusi Ketua Wanita UMNO, kerana Shahrizat Abdul Jalil bertanding untuk menduduki kerusi itu.
Kenapa Shahrizat Abdul Jalil bertanding? Apa telah terjadi dengan pelan peralihan yang dikatakan Rafidah Aziz, telahpun dipersetujuinya?
Menurut Shahrizat Abdul Jalil sebagaimana dilaporkan the New Straits Times OnLine, 3 sebabnya:
Pertama: bahawa pelan peralihan Jun 2009 di antara Rafidah Aziz kepada Shahrizat Abdul Jalil selaras dengan pelan peralihan di antara Abdullah Ahmad Badawi kepada Mohd Najib Abdul Razak pada pertengahan 2010.
Kedua: bahawa jawatan nombor 1 dan nombor 2 tidak dipertandingkan.
Ketiga: bahawa dipastikan perpaduan di dalam pergerakan Wanita UMNO.
Oleh kerana sebab pertama dan sebab kedua tidak ditepati maka pelan peralihan di antara Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil terbatal dengan sendirinya bila Shahrizat Abdul Jalil bertanding melawan Rafidah Aziz untuk menduduki kerusi Ketua Wanita UMNO.
InsyaAllah, bersambung lagi di sini...