Lawak Pemimpin - Tolong Lah Jangan Turunkan Lagi Harga Minyak
Tolong Lah Naikkan Harga Minyak Petrol dan Diesel Sampai RM 86.90 sen Seliter.
Pak Chik: Fed-up Lah macam gini. Menteri ini tak dak kerja lain kah? Asyik-asyik turunkan harga minyak. Asyik-asyik turunkan harga minyak. Meluat.
Ramai orang di kalangan orang ramai tengah sibuk nak pilihanraya kechil P 36 Kuala Terengganu, aisyh masa itu Lah pulak diturunkan harga minyak.
Bau minyak tak dapat, terbau hati mereka nan busuk.
Tolong Lah. Sudah-sudah Lah itu. Sponsen, sposen, sposen...apa kah benda. Jikalau esok, tak mampu turunkan harga minyak petrol dan diesel RM 1.00, hah tak payah Lah turunkan lagi harga bahan ini.
Naikkah Lah sahaja harganya sampai RM 86.90 sen seliter. Tak apa.
Lepas itu anjur Lah debat sampai berbuih mulut pun okay. Hari-hari debat dan siarkan melalui TV dan Radio.
Suara: Kenapa ni Pak Chik, marah-marah. Terpekik terlolong sorang-sorang ni?
Pak Chik: Ini dok baca berita kat Malaysiakini, harga minyak turun sposen lagi.
Suara: Baik Lah ya, jom ikut saya, giliran Pak Chik pulak, doktor pakar nak check otak Pak Chik macam biasa...
Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi Dec 15, 08 5:34pm Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Sambungan:
...
Kuang! Ghi!! Ler!!!