Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Tolong Lah Jangan Turunkan Lagi Harga Minyak

Tolong Lah Naikkan Harga Minyak Petrol dan Diesel Sampai RM 86.90 sen Seliter.

Pak Chik: Fed-up Lah macam gini. Menteri ini tak dak kerja lain kah? Asyik-asyik turunkan harga minyak. Asyik-asyik turunkan harga minyak. Meluat.

Ramai orang di kalangan orang ramai tengah sibuk nak pilihanraya kechil P 36 Kuala Terengganu, aisyh masa itu Lah pulak diturunkan harga minyak.

Bau minyak tak dapat, terbau hati mereka nan busuk.

Tolong Lah. Sudah-sudah Lah itu. Sponsen, sposen, sposen...apa kah benda. Jikalau esok, tak mampu turunkan harga minyak petrol dan diesel RM 1.00, hah tak payah Lah turunkan lagi harga bahan ini.

Naikkah Lah sahaja harganya sampai RM 86.90 sen seliter. Tak apa.

Lepas itu anjur Lah debat sampai berbuih mulut pun okay. Hari-hari debat dan siarkan melalui TV dan Radio.

Suara: Kenapa ni Pak Chik, marah-marah. Terpekik terlolong sorang-sorang ni?

Pak Chik: Ini dok baca berita kat Malaysiakini, harga minyak turun sposen lagi.

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi
Dec 15, 08 5:34pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

petrol price reduction from rm 1 90 to rm 1 80 151208Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Sambungan:

http://www.malaysiakini.com/

Suara: Baik Lah ya, jom ikut saya, giliran Pak Chik pulak, doktor pakar nak check otak Pak Chik macam biasa...

...

Kuang! Ghi!! Ler!!!

11 comments:

ISA said...

Yang turun sikit-sikit tu bukannya apa??? saja nak bagitau yang depa tu prihatin....

Gelombang Rakyat said...

Depa ni ISA,

Bangga dengan tujuh lapan kali prihatinnya.

Jika betoi-betoi prihatin, turun perabih tinggai 80 sen jah.

Hahahaha...

USD said...

Salam,
Nanti x turun, marah...turun pun marah jugak...apa lagi nak buat?

Gelombang Rakyat said...

Bukan begitu ustazSAID,

Keikhlasan para pemimpin yang prihatin Rakyat Malaysia, asasnya.

Semasa naik mendadak dan serta-merta. Semasa turun berdikit dan perlahan lambat.

Sepatutnya tidak dinaikkan sedemikian rupa. Bukan begitu pula cara turunkan harga.

Jika demikian keikhlasan dan keprihatinannya, buat apa di kalangan kita memilih mereka.

Lebih baik pilih para pemimpin yang sedari awal, hingga kini, dan seterusnya ikhlas dan prihatin.

Begitu...

ALI MAIDIN said...

BN prihatin tau....bila depa prihatin, u tak caya lak...ikhlas tu.

Anonymous said...

minyak jer yang turun..harga barang bila lagi...BOSANNNN

Anonymous said...

Itulah sikap rakyat Malaysia turun pun marah naik lagi marah. Tapi semua ulama-ulama kata kita mesti bersyukur apa yang diberi kan rezeki tu dari Allah SWT. Bersyukur lah rakyat Malaysia

CuCu Nik Aziz

Gelombang Rakyat said...

Pemimpin begini, peniaga tak mahu dengar dah. Mereka buat main-main aje.

Akhirnya Rakyat Malaysia yang kena.

Tak mahu dah para pemimpin begini.

Gelombang Rakyat said...

LensaPR,

BN Prihatin.

Setuju.

Caya kat para pemimpin ini.

Pak Chik itu lepas Doktor Pakar tune otaknya, bolehlah diinjek hakikat keikhlasan BN yang prihatin ini.

Keprihatinan terkini tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

ISA said...

Bila naikan harga minyak tak fikir soal prihatin, bila turunkan harga nak tunjukkan prihatin.

Dalam soal kenaikan harga minyak secara mendadak dan implikasi kepada harga barangan keseluruhanya, adakah terbayang perasaan prihatin tersebut kepada rakyat.

Wayang Tinggi Production bolehlah.....

Gelombang Rakyat said...

ISA

Ini wayang, depa jah yang syok tengok.

Prihatin kunun.

Tidak ikhlas sebenarnya...