Gelombang Rakyat

Masih Sukar Untuk Memahami Pengundi P 36 Kuala Terengganu

Dijangkakan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama peluangnya 50-50 untuk memenangi pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu, maka faktor memahami Pengundi P 36 Kuala Terenganu adalah penting.

2 perkara menjadi bahan perlu direnung bersama:

Pengundi mahukan calon tempatan, atau, tidak kisah siapa asalkan memenuhi kehendak pengundi di kawasan Parlimen ini.

Siapakah strategis utama penentuan kemenangan calon di kawasan Parlimen ini.
Wan Ahmad Farid Wan Salleh
thestar.com.my
Untuk Barisan Nasional, barangkali meletakkan calon tempatan dirasakan 60 peratus sudah boleh memenangi pilihanraya ini. Ini mengambil faktor calon, yakni calon tempatan, dan para pengundi akan lebih memilih calon tempatan untuk menang di kawasan Parlimen ini.
Mohamad Sabu
gerbanginformasi.wordpress.com
Mohamad Sabu calon terbaik, dengan mengambil kira dialah calon terdahulu di kawasan Parlimen ini, namun jika kehendak para pengundi ialah calon tempatan, maka hebat manapun dia, dengan faktor ini tinggal 40 peratus untuk menang.
Mahathir Mohamad
www.bernama.com
Sebagaimana yang diketahui, strategis utama pilihanraya di Malaysia ada 2. Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim
classnews.asia
Adakah Barisan Nasional akan memanfaatkan kehebatan Mahathir Mohamad, dan adakah Mahathir Mohamad sudi berkongsi kehebatannya dalam piliharaya kecil di kawasan Parlimen ini?

Adakah PAS akan memanfaatkan kehebatan Anwar Ibrahim, dan berapa ramai pula pemimpin PAS yang mahu membuktikan tanpa Anwar Ibrahim, mereka mampu menerajui dan menang dalam pilihanraya kecil ini dan kelak.
Abdullah Ahmad Badawi
flickr.com
Jika kali ini sama ada Abdullah Ahmad Badawi atau Mohd Najib Abdul Razak menerajui pilihanraya kecil ini, peluang Barisan Nasional untuk kalah adalah cerah. Mereka berdua tidak mempunyai kemampuan sedemikian.
Mohd Najib Abdul Razak
www.bloomberg.com
Jika mereka tampil sebagai teraju, kelak isu manfaat pengundi di kawasan ini tenggelam, isu kepemimpinan mereka pula yang bakal ditimbulkan.

Tidak hairan kelak jika mereka membawa pemimpin seperti mana yang mereka bawa contohnya Ezam Mohd Noor dan Nallakaruppan ke P 44 Permatang Pauh dahulu, suatu tindakan yang "back-fire".

Memang ada pemimpin lain, selain yang tersebut, pemimpin yang jika muncul di kawasan Parlimen ini, Barisan Nasional akan kalah teruk. Jika teraju pilihanraya Barisan Nasional tidak tahu siapa mereka ini, baguslah. Bawa turun semua mereka sekaligus pun tidak mengapa.

Barangkali PAS pula akan mendabek dada, mahu menjadikan pilihanraya ini sebagai PAS affair dan bukan satu kerjasama dalam pakatan bersama pemimpin hebat PKR dan DAP. Bila kalah ini jelas menunjukkan PAS belum mampu menang keseluruhan secara bersendirian. Jika menang pula, ini kemenangan PAS sahaja atau kemenangan bersama Pakatan Rakyat.

Pun begitu, masih sukar memahami Pengundi P 36 Kuala Terengganu. Para pemimpin tempatan mempunyai maklumat dan kefahaman yang tinggi di kawasan Parlimen ini, jika mereka mahu berkongsi maklumat dengan teraju masing-masing untuk menang di kawasan Parlimen ini.

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

2 comments:

Anonymous said...

aku percaya bahawa gandingan anwar/nik aziz mampu tewaskan bn/umno,tapi kalau benar pas dok berkira-kira nak solo,tak best laa..,manakala taruhan di-port politik sudah bermula.

Gelombang Rakyat said...

Taruhan judi di port politik sesuatu yang molek ditangani bersama BN PR.

Namun, perlu apakah PAS, dengan kemungkinan memperjudikan peluang menang di P 36 Kuala Terengganu.

Saya sependapat dengan Dollah Yankee, gandingan anwar/nikaziz, InsyaAllah pastikan kemenangan PR di kawasan Parlimen ini.

Pemimpin muda yang nak belajar dan boleh jadi General di PRU 13, inilah masanya.

Saya nak tengok betapa hardcore beberapa pemimpin PAS yang macam bagus jah di P 36 Kuala Terengganu.

Semoga tiada aksi terlampau, di mana kita buat atau tak buat apapun PAS dah kalah awal.

InsyaAllah sama-sama kita saksikan...