P 36 Kuala Terengganu - Mat Sabu Menang Dah Namun Di Pilihanraya Ini Biar PAS Menang
Setelah relaks seketika, saya telah Pos perihal calon PAS di Terengganu. Ketika itu ada suara dari PKR pun nak calonkan seorang dari parti ini. Kemudian jelas ini memang kerusi untuk calon PAS.
Mohamad Sabu flickr.com |
Namun, sukar untuk dibaca ialah para pengundi di P Kuala Terengganu. Kecenderongan dan kecondongan mereka.
Rakan Blogger beritahu memang PAS lebih sedikit kekuatan di sini.
Pada pandangan saya, Mohamad Sabu tetap calon paling top untuk P 36 Kuala Terengganu. Kiranya, dari aspek pemilihannya sebagai calon Mohamad Sabu telahpun menang. Dari Nik Aziz Nik Mat yang telah bersuara, sampailah ke Blogger biasa pun.
Calonnya Mohamad Sabu.
Pun begitu, pada saya apa yang lebih penting ialah PAS yang menang di P 36 Kuala Terengganu.
Jika pun Mohamad Sabu tidak terpilih, saya tak kisah, dan akan bersama rakan Blogger berperanan supaya UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.
Sokongan pada PAS. Siapa calon, bukan soalnya.
Seronok bila mendengar Mohamad Sabu pun tak kisah...
BERNAMA Melaporkan...
Saya juga menjangkakan, 1 Januari 2009, InsyaAllah, bukan Mohamad Sabu yang dimaksudkan, namun pemimpin tempatan yang jauh lebih wibawa daripada Wan Ahmad Farid Wan Salleh.23 Disember, 2008 18:08 PM
Mat Sabu 'Tak Kisah' Jika Tidak Terpilih Sebagai Calon
ALOR STAR, 23 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Katanya, apa yang lebih penting ialah calon yang bertanding pada pilihan raya kecil parlimen itu kelak adalah dari PAS.
-- BERNAMA