Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Mat Sabu Menang Dah Namun Di Pilihanraya Ini Biar PAS Menang

Setelah relaks seketika, saya telah Pos perihal calon PAS di Terengganu. Ketika itu ada suara dari PKR pun nak calonkan seorang dari parti ini. Kemudian jelas ini memang kerusi untuk calon PAS.

Mohamad Sabu
flickr.com
Saya pun sebut Mohamad Sabu, calon favorite. Disokong pula rakan Blogger. Ramai yang memang syok jikalau Mohamad Sabu kembali menghangatkan Parlimen.

Namun, sukar untuk dibaca ialah para pengundi di P Kuala Terengganu. Kecenderongan dan kecondongan mereka.

Rakan Blogger beritahu memang PAS lebih sedikit kekuatan di sini.

Pada pandangan saya, Mohamad Sabu tetap calon paling top untuk P 36 Kuala Terengganu. Kiranya, dari aspek pemilihannya sebagai calon Mohamad Sabu telahpun menang. Dari Nik Aziz Nik Mat yang telah bersuara, sampailah ke Blogger biasa pun.

Calonnya Mohamad Sabu.

Pun begitu, pada saya apa yang lebih penting ialah PAS yang menang di P 36 Kuala Terengganu.

Jika pun Mohamad Sabu tidak terpilih, saya tak kisah, dan akan bersama rakan Blogger berperanan supaya UMNO dan Barisan Nasional kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Sokongan pada PAS. Siapa calon, bukan soalnya.

Seronok bila mendengar Mohamad Sabu pun tak kisah...

BERNAMA Melaporkan...

23 Disember, 2008 18:08 PM

Mat Sabu 'Tak Kisah' Jika Tidak Terpilih Sebagai Calon

ALOR STAR, 23 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak kecewa jika tidak terpilih sekali lagi sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, apa yang lebih penting ialah calon yang bertanding pada pilihan raya kecil parlimen itu kelak adalah dari PAS.

-- BERNAMA

Saya juga menjangkakan, 1 Januari 2009, InsyaAllah, bukan Mohamad Sabu yang dimaksudkan, namun pemimpin tempatan yang jauh lebih wibawa daripada Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

6 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Itulah dia pemimpin sejati. Mendahulukan parti dan perjuangan lebih daripada diri. Memang Mat Sabu calon idaman kalbu tapi sesiapa pun yang terpilih kita tak kisah. Yang penting PAS menang....lebih cantik lagi kalau menang bergaya. Demi semangat Malaysia Baru...UMNO mesti kita kuburkan.Allahuakbar!!!!

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

Mohamad Sabu sememangnya pemimpin istimewa.

Ater permimpin yang dalam UMNO dan Barisan Nasional?

Udoh getik, udah chemoih. Udoh-udoh ler deme pun.

ISA said...

Salam Tuan Zubli,

Tak kisahlah siapa yang bertanding, yang pasti PAS mesti menang di Kuala Terengganu.

Eden pun dah getik dan cemoih bebeno dongan UMNO ni.

tepet said...

buat kali pertam0nya dalam sejarah den...tengok blog ni tak di update dlm tempoh 24jam...bz ke tuan zubli? hik hik hik

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Saya pergi jamuan makan berjumpa kawan lama.

Sedang update di sini:

http://xmcoverload.blogspot.com/

Gelombang Rakyat said...

ISA,

Itu Lah, saya ingat dua atau tiga orang sahaja. Rupanya semakin ramai cemoih dan getik dengan UMNO.

Terkini Zahar Hashim, beberapa pemimpin dan ahli UMNO...

Deme belum sedor lagi gamaknya. Tidor!