Gelombang Rakyat

BLOW - Bye-bye UMNO Ta Ta Ti Ti Tu Tu BN - Nasarudin Hashim Betapa Merdekanya




Nasarudin Hashim
bnparit.wordpress.com

Nasaruddin Hashim
www.geocities.com

Nasaruddin Hashim
www.geocities.com



-- Betapa Pemimpin Bota, kampung Tok Nenek saya, geliga otaknya, berani di hatinya, dan memerdekakan dirinya sendiri dari kehaprakan UMNO, lantaran membuka peluang Rakyat Malaysia di Bota, dimajukan oleh para pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat yang hebat di Perak Darul Ridzuan.

Tabik spring!!!

25
Jan

Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR

Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

Continue reading ‘Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR’

Mr Os, silakan...

2 comments:

LESONGINDEK said...

Salam sdra Zubli,

gembira sakan mike ye . Ada lagi ke?. Lebih jantan kosongkan kerusi bior rakyat bota milehnya.BN ke PR ke, baru terang lagi bersuluh.


TK

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL,

Ater, ajer yan iyer.

Kalor pemimpin baguih parti tak semiak aper dironjangnya masuk itu, lebih baik PKR, barang tentu kite boleh balik mencekik deroyan sakan-sakan.

Idak ke gitu weh? Mung?