BLOW - Sayang Orang Baik Macam ISA Ramai Di Luar Parti Politik..!
4 Comments
»
ISA - Ikut suka Aku
Blower yang menulis pos menarik dan saya terpanggil untuk responsKe Mana Hala Tuju Kita?
Sabtu, 2009 Januari 24 Dicatat oleh Isa 18:26Soalan amat baik oleh seorang Blower yang baik.
Sebuah parti politik yang baik ialah menentukan hala dan tuju supaya dengan pemimpin dan kepemimpinannya mendatangkan manfaat kepada Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.
Jika itu hala dan tujunya. UMNO, MCA, dan MIC, molek ditolak. Ini adalah kerana terasnya kepada sesuatu ras.
Sukar untuk dapat kerangka perjuangan untuk semua. Umpamanya UMNO nak lebih dan mesti dilebihkan daripada MCA, dan MIC, umpamanya.
UMNO menjadi buruk dan teruk kerana atas kertas dan pada tulisan perjuangan ialah satu ras, namun ras istimewa diutamakan kepada yang akrab dengan pemimpin utama. UMNO Melayu punya sudah jadi keluarga dan kawan kami punya.
MCA yang membayangi Parti Gerakan Rakyat Malaysia, bakal berlaku sebaliknya, terutama pemimpin tertinggi sekarang tidak jelas perjuangan mereka, kerana saling berlaga.
MIC dulu amat dikagumi masyarakat yang diwakilinya, namun disebabkan pemimpin dan kepemimpinannya telah mengwujudkan parti serpihan kerana tiada peluang melainkan seorang sahaja yang sama itu-itu juga kekal sebagai Presiden.
Dalam Barisan Nasional, di luar nampak cantik namun di dalam keserabutannya memang ibarat ribuan retakan menanti belah bersepaian.
Itu di suatu pihak. Di pihak lagi satu, Pakatan Rakyat dan parti politik dalam pakatan ini masih baru berkuasa di beberapa negeri dimenangi mereka.
Macam orang baru pindah rumah, mereka ingat rumah baru ialah rumah lama. Maksudnya, kita masih melihat pemimpin dan parti seperti Pembangkang.
Jika tiada kena gayanya, Pakatan Rakyat akan menjadi sama seperti Barisan Nasional. Tak lebih tidak kurang. Sama.
Rakyat Malaysia tiada pilihan lain.
Ajakan supaya tolak UMNO, tolak Barisan Nasional kerana mereka tidak cakap dan mereka tidak buat. Pastinya tiada harapan lagi kepada parti dan gabungan ini.
Ajakan supaya sokong Pakatan Rakyat, PRK - Parti KeADILan Rakyat, PAS - Parti Islam SeMalaysia, dan DAP - Democratic Action Party, ialah kerana mereka belum dan baru nak buat, namun mereka sudahpun bercakap sebelum PRU 12. Ada harapan yang dikongsikan.
Setakat ini, begitu...
A Total Blog
,
BLOW
,
Blower
,
Ikut Suka Aku
,
ISA
,
Kepemimpinan
,
Kerajaan BN
,
Kerajaan Rakyat
,
Kerusi
,
Pemimpin
,
Politik Malaysia
,
Satu Blog Total