Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Apakah Suatu Nusrah-Nya Dan PAS Pun Menang..!

Selepas Pos pagi tadi, saya menung. Lama merenung...

Saya nampak ada happening di P 44 Permatang Pauh. Di hari Ke-5, sudah nampak Mohd Najib Abdul Razak hilang kawalan dan sentuhan, aktiviti 5 hari kemudian, mengakibatkan peratus kekalahan calon Barisan Nasional merudum, ketika itu Bloggers and Forumers tahu Anwar Ibrahim, InsyaAllah menang.

Countdown terkini, 5 hari juga berlalu, tetapi di P 36 Kuala Terengganu. Walaupun PAS masih mendahului ketika ini, di antara 60 peratus hingga 65 peratus. Mohd Najib Abdul Razak masih ada banyak cards untuk meningkatkan jumlah 35 peratus hingga 40 peratus ini.

Sedari pagi, tiada pos di Satu Blog Total. Saya sekeluarga pergi makan khenduri. Adik Ipar kahwin. Kami anak yatim, maka kamilah jadi waris meja bulat.















Di meja bulat ada perwakilan keluarga dari DUN Kulim, perwakilan dari DUN Kijal, perwakilan dari DUN Gombak, dan Blogger dari Shah Alam.

Sambil pasangan pengantin syok cerita apa yang lazat mereka ceritakan, kami pula sambil kecap nikmat makanan yang lazat, di meja bulat kami cerita politik.

Banyak fakta diperolehi. Namun saya tumpukan satu soalan yang memenungkan saya sejak pagi tadi...
P 36 Kuala Terengganu - Apakah Suatu Nusrah-Nya Dan PAS Pun Menang..!
Setakat ini, belum ada jawapan pasti.

Saya teringat dalam filem Antara Dua Darjat.
... dan S. Kadarisman (Tengku Mukri)
384 x 281 - 21k - jpg
nazirulhazim.blogspot.com
Watak P Ramlee bertumbuk dengan Watak S Kadarisman. Man to Man. Alih-alih, S Kadarisman main senapang. Wah! Ini tidak adil. Maka datanglah Nusrah. Watak Yusuf Latif, dan senapang.

Maksudnya, di P 36 Kuala Terengganu

MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut berdepan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

PAS berdepan UMNO

Pakatan Rakyat berdepan Barisan Nasional.

One to One. A clean fight.

Tetapi, Kuala Terengganu banjir. Dibanjiri wang dalam bentuk peruntukan pembangunan dari kerajaan pusat sebagai satu aspek pakej rangsangan fiskal.

Adeh!

Laporan dari suatu kawasan di Terengganu, wang sungguh Lah banyak diperuntukkan, pemimpin dan ahli masyarakat lemas. Dalam keadaan sudden ini, mereka pastikan apa yang patut dibangunkan, dibangunkan sekarang. Apa yang tidak patut dibangunkan, dibangunkan juga sekarang.

Ertinya usah terkejut, reban ayam pun di kelilingi pagar batu oleh kontraktor berwibawa, walaupun Kelas F.

Selain itu, contoh lain, fikirkanlah sendiri, jika andapun diberi peluang membangun jika dulu peruntukan contohnya RM 10,000, kini kawasan yang sama, anda diberikan RM 10 juta.

Sementara itu, laporan dari Kulim menunjukkan Jawatankuasa Disiplin UMNO menangani Politik Wang, dan Badan Pencegah Rasuah dianggkat menjadi Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia, berada dalam satu kedudukan 1990an, ketika kini pemain politik wang dan pengamal rasuah sudah semaju 2050.

Dari aspek teknikal, semua haprak ini tidak akan dapat dikenakan tindakan, tidak akan dapat didakwa, malah mereka lepas, bebas, terus dengan amalan keji itu dan pulak itu naik ke puncak kuasa politik dan mereka akan kaut seberapa banyak Ringgit Malaysia, mengikut kemahuan mereka.

Menyedari hakikat ini, PAS dan Pakatan Rakyat perlukan satu nusrah, supaya Rakyat Malaysia seluruhnya, dan di P 36 Kuala Terengganu khususnya, dapat turut kecap nikmat kemewahan secara adil dan saksama.

Apakah nusrah itu?

2 comments:

ISA said...

Tuan,

Berat topik ni..., makna Nusrah mengikut kamus Dewang Puaka, bermaksud senapang gajah.

Maknanya gunakan senapang gajah, tembak semua puaka-puaka jahat tu, undi yang baik-baik belaka.. yang Islam.

Gelombang Rakyat said...

Kamus tersebut sebagaimana yang ISA tahu adalah ketinggalan zaman. Molek dirujuk hanya di zaman 1946.

Ini 2009, adalah kerana tiada didefinisikan sama ada itu senapang saiz sesuai tembak gajah, atau senapang itu memang saiz gajah satu kali picu puaka jahat kena semua seluruhnya.

Hahahahaha...