Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Insaf Lah Ahli Parlimen BN - Jom Keluar Dan Sertai Rakyat Malaysia..!

Dari PRU 12 ke P 44 Permatang Pauh dan Terkini P 36 Kuala Terengganu...

Seterusnya Sarawak dan PRU 13 kelak...

Barisan Nasional bukan lagi gabungan terbaik untuk para pemimpin murni berjuang untuk Rakyat Malaysia.

UMNO sudah jauh ketinggalan dalam skala parti yang terbaik. Malah UMNO kini parti yang paling teruk dan paling buruk.

Jika ada para pemimpin yang masih berhati mulia, keluar Lah dari UMNO, keluar Lah dari Barisan Nasional...

Sertai Lah Rakyat Malaysia.

Tanpa Abdullah Ahmad Badawi, tanpa Mohd Najib Abdul Razak, tanpa barisan kabinet jemaah menteri, tanpa UMNO, tanpa Barisan Nasional, kita boleh bersatu dalam memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Malaysiakini melaporkan...

BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen
Jan 17, 09 10:00pm

Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.

Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.

Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini.

Pengundian di 144 saluran di 36 pusat pengundian bermula pada jam 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang.

Pengumuman rasmi keputusan pilihanraya tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan pada jam 9.29 malam.

Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22).

Kerajaan baru boleh dibentuk. Pemimpin terbaik boleh diangkat memimpin Rakyat dan Negara Malaysia.

Selidik di sanubari, bersekongkol di kalangan pemimpin buruk dan teruk, dalam parti yang tidak tepat, dan gabungan yang celaru, atau sertai Rakyat Malaysia.

Fikirkan, renungkan, dan keluar barisan sekarang...

0 comments: