Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu Najib Masih Sempat Tukar Calon Di Saat-saat Terakhir







Jika Pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini penting kepada masa depan politik Mohd Najib Abdul Razak, sementara maklumat halus dan kemas yang telah diterimanya Wan Ahmad Farid Wan Salleh berpeluang besar untuk kalah teruk, maka masih sempat membuat pertukaran Calon di saat-saat terakhir.

Tidak diketahui bagaimana caranya sehingga Mohd Najib Abdul Razak telah memilih Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon mewakili Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu. Telah ada yang mengatakan ini satu kesilapan besar Mohd Najib Abdul Razak dalam pemilihan calon yang mampu meraih di antara 30 peratus ke 45 peratus undi sahaja.

Dengar Lah pandangan Mohamad Khir Toyo, dia kata calon Barisan Nasional, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, ialah calon Under Dog.

Tidak diyakini sepenuhnya adakah benar Abdullah Ahmad Badawi telah merestui Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon terbaik di P 36 Kuala Terengganu. Sedangkan ada calon yang lebih banyak berjasa bergelumang di kalangan para pengundi dan Rakyat Malaysia di P 36 Kuala Terengganu.

Bagaimana pula dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dikatakan dalam team berkaitan Khairy Jamaluddin membina asas untuk maju dari Ketua Pemuda UMNO sehingga ke mercu ayahanda mertua.

Tambahan pula kebersekongkolan Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan Ezam Mohd Noor, yang mempunyai pandangan lain macam di kalangan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional setelah menyaksikannya di P 44 Permatang Pauh. Mungkinkah Nallakaruppan bersamanya akan mengambil pentas tengah dalam kempen di sini kelak?

Seterusnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh sendiri. Tentunya sejak dinamakan sebagai calon terpilih, maka dia pun sudah berkempen di sana dan di sini lebih awal, adakah dia telah mendapat gambaran di kalangan masyarakat tempatan berapa ramai telah menolaknya dan peluang dia kalah adalah hampir pasti. Sempat, masih sempat Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri di saat-saat akhir, dan menjaga nama baik prestasi Mohd Najib Abdul Razak.

Bagaimana dengan para pemimpin pasukan atasan, wanita, pemuda, dan puteri kali ini. Sudah adakah di kalangan mereka yang telahpun mendapat isyarat supaya mempastikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah atau kalah teruk di P 36 Kuala Terengganu.

Sabotaj dalaman, the enemy within.

Tujuannya ialah kalahkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai tamparan hebat supaya Mohd Najib Abdul Razak dilihat sebagai pemimpin yang tidak mampu susun strategi pilihanraya, setelah kalah teruk di P 44 Permatang Pauh, kalah pula di P 36 Kuala Terengganu, maka memungkinkan besar kebarangkaliannya untuk membawa Barisan Nasional kalah teruk pula di PRU 13 kelak.

Jadi, macam mana nak jadi Perdana Menteri Malaysia?

Mohd Najib Abdul Razak sendiri tentunya sudah mendapatkan maklumat halus dan kemas, setelah PAS mengumumkan calon. Jika terdahulu congakannya dari senarai ada nama Mohamad Sabu hingga ke Syed Azman, maka congakan itu telah meleset.

Tidak terkezutkah Mohd Najib Abdul Razak, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan rakan sewaktu dan khemah dengan mereka, bahawa setelah mendapatkan pandangan ramai dan setelah mendapatkan petunjuk-Nya, maka Mohd Abdul Wahid Endut dinamakan sebagai calon mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.

Kena gayanya Mohd Abdul Wahid Endut boleh menang besar dengan majoriti lebih baik di antara 70 peratus ke 80 peratus.

Maka, jika pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini menjadi titik penting kepada kerjaya Mohd Najib Abdul Razak, maka masih sempat lagi untuk menukar calon di saat-saat terakhir. Tolak Lah Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tanpa mempedulikan apa orang lain nak kata. Pastikan media perdana membuat justifikasi. Tolak Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tukar calon lain yang lebih banyak berjasa dan bergelumang di Kuala Terengganu.

Cari Lah satu sebab yang konkrit. Jika tidak, ramai yang akan salahkan Mohd Najib Abdul Razak, bila Wan Ahmad Farid Wan Salleh diisytiharkan kalah kelak.

Bertimpa-timpa, asyik-asyik kalah sahaja, maka ragu pun menyelubungi UMNO dan Barisan Nasional terhadap Mohd Najib Abdul Razak yang mampu membawa Barisan Nasional kalah teruk di PRU 13.

Masih sempat lagi. Jika tidak, akan ada orang berkata, "Saya dah beritahu, Najib tak mahu dengar. Dia tidak tukar calon. Sekarang dah kalah..."

Tak nak tukar sudah, jom pakat ramai-ramai kita:

Undi PAS
atau
ndi Simbol Bulan Latar Hijau
atau
Undi MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut

Pastikan ini kemenangan Rakyat di Kuala Terengganu, Ganung kite, dan Malaysia!!!

6 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli.

Najib semua getik
KJ orang meluat
Wan Farid kita lastik
kalahkan BN Pakatan hebat

Wassalam!

bungaraya said...

Nik Aziz nyanyuk,
PaK Hadi Awang Mat Jenin,
Wahid Andut kuat mengantuk,
PAS melepas
Najib bijaksana dan
Gilakah tindakan demikian.

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

Memang Najib Farid UMNO BN tengah pening selepas mimpi Abdul Hadi Awang dan pengumuman calon PAS MAWE Mohd Abdul Wahid Endut untuk P 36 Kuala Terengganu.

Let's see magic happening...

Gelombang Rakyat said...

Terima kasih bungaraya di atas komen ini.

Jika benar Lah Najib bijaksana, bila mungkin dia jadi PM, Rakyat Malaysia, termasuk bungaraya bakal merana.

LESONGINDEK said...

Sdra Zubli,

Betul ke ,aku tak percaya le, itu mungkin strategi dan provokasi cerdik aje kok. Supaya mawe naik kepak dan over confident , bahaya tu.

Tak kan lah mung tak tau, nak tukar baju dibeli dari globe silk store dalam tempuh 3 hari saje. lepas tu mana boleh lagi weh.

Astagfirullah.

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL

Bacaan saya begini:

2 Senario.

Pertama, MAWE 5 Penggal berbakti. Lihat gambarnya, natural prihatin Rakyat. Tak perlu buat-buat menolong yang dhaif dan memerlukan supaya orang tengok. Orang anak ramai, dia mudah pengasihan.

Sukar untuk melihat pemimpin PAS naik kepak. Dalam hal MAWE, jika dia baru hari ini dicalonkan mungkin begitu. Dalam genggamannya sudah ada DUN Wakaf Mempelam, ini kenaikan separuh. Bukan peningkatan penuh. Naik kepak, sukar.

Senerio seterusnya:

Ini ujian kepada Najib. Betapa penting menang P 36 Kuala Terengganu kepadanya.

Jika dia tukar, ertinya ada yang mampu tekan, Najib pun goyang. Begitu kepemimpinannya.

Jika dia tidak tukar, dan kalah, maklumat begini sampai kepadanya melalui pasukan monitor Blogger dan Blog, dan "dia doh kato dalam Blog nyo, tapi mung tak mahu dengar".

Maka Najib tak layak dan tidak boleh jadi PM.

Selamat Rakyat dan Negara Malaysia dari Pak Lah dan kemudian Najib.

Ini membolehkan pemimpin Pakatan Rakyat diiktiraf Agong.

InsyaAllah...