Gelombang Rakyat

Pakatan Rakyat Perlu Ada Satu Pusat Media Nasional Untuk Rujukan Ramai

Seandainya ada usaha pemimpin atasan kerajaan bersekongkol dengan media utama untuk menghentam Pakatan Rakyat, maka para pemimpin Pakatan Rakyat tidak molek merujuk kepada media ini dan bertamparan di antara satu sama lain.

Sudah tiba masa dan ketikanya Pakatan Rakyat mempunyai Pusat Media Nasional untuk rujukan semua pihak.

Jika tidak apa yang dibina sekejap sahaja berkecai kerana salah faham sesama sendiri hasil dari kepakaran pihak media mengadu domba para pemimpin Pakatan Rakyat.

Macam mana, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, dan Lim Kit Siang, jom kita hancurkan Pakatan Rakyat sekarang, atau kita terus mantap dan majukan gabungan yang terbaik di Malaysia ini.

1 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Media perdana sunnguh aggresif
Putar belit tabur fitnah
Pakatan tubuh media alternatif
Topedo mereka sampai musnah

Pusat Media Nasional Pakatan
Pakar media dan blogers sekelian
maklumat sebenar kita sajikan
Fitnah mereka jangan dilayan

Kalau ini jadi kenyataan
Pakatan pasti ada harapan
BN kan jadi satu bebanan
Ranyat campak rakyat humban