Gelombang Rakyat

BLOW - Rakyat? Di Antara Bubur Dan Nasik Berulat..!

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Semakin dekat 9 Mac 2009, Rakyat Malaysia sedang melihat kemunculan seorang pemimpin, tidak ubah melihat orang kachak selama ini, kini semakin bertandok dan bertaring.

Ramai telah dan akan terus melihat pemimpin itu wujud dalam Pakatan Rakyat. Dalam kebaikan dan keburukannya, pemimpin ini telah digambarkan jahat. Tidak baik.

Tetapi, ketika sebahagian daripada ramai melihatnya penuh kagum, sebahagian lagi daripada ramai itu melihatnya penuh keji, saya menoleh ke arah lain.

Di mana Barisan Nasional berada. Di situ dia.

Bila nampak memang dia kachak.

Bila bertandok dan bertaring umpamanya, dia terlindung di belakang seseorang lain, memelihara identiti sebenarnya, sebelum ketajaman tiada lagi dapat disembunyikan, itu Lah dia hakikat sebenarnya.

Mengenang kembali Rakyat Malaysia apapun teraniaya juga, dan situasi Malaysia, apapun sedia dibebani sebagai medan boleh jika mahu dihancurkan, kini di suatu pihak ada nasi yang jadi bubur, dan di suatu pihak ada nasik sudah berulat jika pun kelihatan cantik sedangkan beracun.

Pada masa kini, jika sesiapa ada rasa bahawa N 25 Bukit Selambau dan P 59 Bukit Gantang, dengan ikut peraturan, and the rule of law, maka bersedia.

Semua keputusan pilihanraya setakat ini, sedang mula direncana supaya tercapai kemenangan paling besar, dengan cara paling ngeri.

Kepada-Nya saya mohon perlindungan...

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dia hanya muncul untuk menjadi 'hero' ketika dalam keadaan selamat dan jauh dibelakang membiarkan orang lain terpalit najis ketika keadaan genting - samakah 'dia ' itu dengan 'dia' tuan..

Unknown said...

Teman setuju puak sebelah sana mahu menang walaupun dengan majoriti 1 undi. Mungkin ada yang terpaksa menghisap putin nya. Oh cukup mengerikan.

Dan lebih mengerikan, nak cilok ini entry ini pun tak boleh untuk di copy and paste kat blog STI . Ada security system yang mengerikan yang mengawalnya. Ngeri yeop bang oooi

Gelombang Rakyat said...

Ya! sama.

Barangkali jika bau sudah berbau tengit.

Jika taring bertandok, sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Alang kepalang, biar jahat jadi jahat terus sejahat-jahatnya.

Adeh!

Kluangman...

Gelombang Rakyat said...

Didi

Ada rakan blogger beritahu begitu.

Katanya, kata boleh cut n paste, tapi tak boleh.

Ada security nii.

Tapi Teman telah tunjukkan bukti. Sebenornya tak ada security dimaksudkan itu.

Jika kepayahan juga, berikan email di sini:

zubli.s.ebook@gmail.com

Teman GMail kan ye bang...

Oh ya, jika disua atau tersua, usah ngisap putin nya walau cam maner di offer nya. RM 50 Juta atau Camry atau Kemlee.

Sorang dah ICU. Itu ler, gatai bebenor.

Lagipun, perihal keputinannizationness ini, sebabnya kita tidak tahu putin nya, sebelah mana yang beracun dan sebelah mana berulat.

Dua-dua pun mampu merobohkan dan meratakan gunung. Apatah lagi bukit. Waima Gantang mahupun Selambau.

Memang ngeri!