no2umno Dan Pos Keyakinan Anwar Ibrahim Pembentukan Kerajaan Baru
2 Comments
»
Baru sebentar tadi saya membaca pos ini di Blog no2umno:
Keyakinan Anwar Ibrahim ialah sebagai tiang seri. Di atas tiang keyakinan inilah nanti dikibarkan satu kemenangan. Kemenangan Rakyat.Nov 29, 2008
Saya tetap yakin - Anwar
Malam ini Stadium Melawati gegak gempita dengan laungan reformasi dan nyanyian lagu Keadilan ketika munculnya Ketua UMUM Keadilan di pentas Kongres.
Namun untuk menjadikan ini suatu kenyataan, semua ahli dan pemimpin PAS dan DAP, perlu bersama PKR menjadikan ini suatu realiti. Realiti yang manis.
Sementara itu, UMNO sedang dirosakkan oleh sebahagian ahli dan pemimpinnya sendiri. Perhatikan bahawa Mahathir Mohamad belum menyertai kembali dalam UMNO. Ini adalah kerana masalah UMNO belum diselesaikan. Masalah utama ialah Abdullah Ahmad Badawi.
Pun begitu, tidak jelas bahawa UMNO kini mempunyai pemimpin pengganti yang berwibawa. Mungkinkah mereka yang hebat terdahulu tidak berpeluang menang, kalah, tewas, dan tidak memuncak memberikan sumbangan bakti dan khidmat.
Pemimpin yang sedia ada, kita pun tahu siapa mereka dan tahap kepemimpinan mereka.
Dalam keadaan yang begitu, tidak jelas adanya uniti dalam united nya UMNO menerajui Barisan Nasional. Jika pun jelas, ialah serangan jika tidak dibuat begini kami keluar dari Barisan Nasional. Itu yang kita dengari.
Angin perubahan yang Anwar Ibrahim yakin mulakan, bersama Pakatan Rakyat sudah menunjukkan petanda yang baik ke arah Perdana Menteri yang baru setelah pembentukan kerajaan yang baru.
Kita boleh sasarkan sesuatu masa, namun kita tidak perlu tarikh yang khusus. InsyaAllah, kemenangan tetap berpihak kepada Rakyat Malaysia.
Sama-sama kita tinjau apa peluang yang ada di Sarawak, ke arah mengertikan keyakinan kita bersama ini.
Berkaitan:
Dari Blog Anwar Ibrahim:
From The Edge Daily
by Chua Sue-AnnSHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) is casting their eyes towards Sabah and Sarawak in their bid to takeover the government, promising petrol royalties and greater East Malaysian participation in federal participation.