Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Ahmad Said Kutuk Orang Miskin Di Sini Lantas Tokok Faktor Kekalahan Wan Farid

Mari kita fahami kenyataan Ahmad Said, yang kelihatan menentang strategi mesra yang digerakkan oleh Mohd Najib Abdul Razak di P 36 Kuala Terengganu.

Seterusnya marilah kita kasihankan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerana senyumannya kini mungkin tidak berbaloi kelak.

Kenyataan Ahmad Said itu mampu menokok peluang untuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah teruk di P 36 kerana Ahmad Said kutuk Orang Miskin di Kuala Terangganu.

2 gambar berikut dipetik dari Blog Haris Ibrahim, yang diangkat dari Laman Web Malaysia Today.






































Kenyataan Ahmad Said boleh dibaca di The Star OnLine.

Friday January 9, 2009

Ahmad: Poverty claims all lies

KUALA TERENGGANU: Claims that the Terengganu Government is rich but its people are poor are all lies, says Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

»They are still poor because of their own attitude« DATUK AHMAD SAID
P 36 Kuala Terengganu, membuka tembelang seorang demi seorang para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Kenyataan bongkak Abdullah Ahmad Badawi, mungkin menjadi teladan bagi para pemimpin lain untuk naik ke taraf riak, takabbur, bongkak, sombong dan sifat seumpama itu.

Kenapakah Ahmad Said sampai hati kutuk orang miskin di Terengganu begitu? Mentang-mentang Lah dia berkuasa sebagai Menteri Besar, dan hidup mewah, maka dia boleh mengeluarkan kenyataan begitu.

Mengungkit suntikan rubella RM 1, maka para pengundi di P 36 Kuala Terengganu perlu kenang jasa kerajaan? Begitu kah?

Betul Lah Ahmad Said tidak mahu kerajaan negeri di persalahkan. Namun bagaimana sebagai pemimpin di Terengganu, Ahmad Said boleh kutuk orang miskin kekal miskin kerana sikap mereka, dan mereka menolak pambangunan.

Walaupun membendung isu tempatan dari dimainkan politik, Ahmad Said seolah-olah bangga RM 40 juta digunakan untuk kutipan sampah.

Rubella RM 1 secucuk, sampah total RM 40 juta.

Begitukah penilaian Ahmad Said di antara orang miskin di Kuala Terengganu dengan nilai peruntukan bagi sampah?

Dengan kenyataan begini, dan entah apa lagi yang akan keluar dari hati perot pemimpin UMNO dan Barisan Nasional menjelang pembuangan undi di P 36 Kuala Terengganu.

Mohd Najib Abdul Razak boleh terus bermenung, kerana sekali lagi dia hilang sentuhan terhadap tutur bicara diharap mesra dari pemimpin bawahannya.

Wan Ahmad Farid Wan Salleh, rentikan Lah perbuatan senyum itu. Buang masa sahaja berlakon begitu. Walaupun baik, namun disia-siakan oleh pemimpin seperti Ahmad Said yang membuat kenyataan begitu. Langsung membantu Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Mungkin sekarang sesuai sangat Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada menjadi calon. Beri kemenangan mudah kepada Mohd Abdul Wahid Endut di P 36 Kuala Terengganu.

InsyaAllah orang miskin akan terbela lebih baik dari kalangan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

ramai rakyat yang dapat geran tanah sbelum ni, tu pun bila pas memerintah, huhu

Gelombang Rakyat said...

Pokcu

Syok ya jikalau PAS memerentah.

Jika BN memerentah mungkin dapat juga geran tanah, namun tidak ramai merasa.