P 36 Kuala Terengganu - Apapun Keputusannya MAWE PAS Pakatan Rakyat Sudah Menang..!
Rakan nasihatkan usah terlalu over-confident sangat. Amboi, amat!
Saya tidak begitu.
Saya tahu bezakan di antara pemimpin yang baik dan pemimpin yang buruk. Kepemimpinan terpuji dan kepemimpinan tercela.
Sejak lama dahulu jika ditanya pasal PAS, saya tidak tahu. Namun, sejak PRU 12, dan apatah lagi P 36 Kuala Terengganu, Parti Islam Se-Malaysia sebuah parti yang murni.
Jika dulu, menyerlah Nik Aziz Nik Mat, dan Abdul Hadi Awang. Of course, Mohamad Sabu. Kini saya melihat begitu ramai pemimpin PAS yang hebat seperti Husam Musa, Khalid Samad, dan terkini MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.
Bersama Anwar Ibrahim dan Parti KeADILan Rakyat, serta Lim Kit Siang dan DAP, bahawa PAS dalam Pakatan Rakyat sememangnya memberi harapan bahawa masih ada pemimpin yang hebat, dan parti serta pakatan yang murni, demi kesucian politik di Malaysia.
Ada harapan memajukan Rakyat dan memakmorkan Negara Malaysia.
Kepada-Nya saya berserah.
Pun begitu, di hati saya, MAWE, PAS, Pakatan Rakyat telahpun menang di P 36 Kuala Terengganu.
Bulan sudah mengambang...
PRU 13, Terengganu seluruhnya, sebuah kerajaan molek kembali kepada Pakatan Rakyat.