Gelombang Rakyat

Gelut Najib Di Arena Politik Malaysia
























Jika ada pemimpin politik di Malaysia kini yang sedang bergelut sekarang ini, dia ialah Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama: Apa pergelutannya?

Kedua Menarik, siapa pasukan penasihat atau penyumbang informasi kelilingnya?







Memang kini Mohd Najib Abdul Razak tahu dia menduduki kerusi itu yang merupakan kerusi tertinggi kepemimpinan negara.

Namun, jelas sekali Mohd Najib Abdul Razak pun tahu dia bukan pemimpin politik negara satu Malaysia.

Ini jelas dari kedudukan kerusi di Parlimen, kerusi kerajaan negeri, dan sokongan Rakyat yang terbahagi dua. Mohd Najib Abdul Razak dapat sebahagian dari jumlah total.

Tentu ada yang kata, "biasalah itu..."

Pada saya tidak biasa, sebab pembahagian ini, kelihatan lebih ramai memihak kepada Anwar Ibrahim, Para Pemimpin Utama, Menteri Besar, Ketua Menteri, dan ahli parti serta penyokong Pakatan Rakyat. Ya, berbanding Mohd Najib Abdul Razak dan lain-lain kerusi yang didudukinya sebagai ketua.

Maka itu...

1Malaysia dibaca sebagai satu cara pembinaan imej Mohd Najib Abdul Razak.

Ya, satu daripada mimpi fantasinya yang bukan suatu realiti.

Untuk menjadikan erti itu dengan mengisi kekosongan supaya berisi sebagai realiti, Mohd Najib Abdul Razak melakukan dua langkah yakni gerak dan kawal.
Gerak

Geraknya menawan Selangor sepertimana Perak.

Alahai! Membaca pemikiran politik pemimpin baru dalam Pakatan Rakyat, mereka nampak ini "impossible" mengikut congakan logik mereka sendiri-sendiri.

Molek mereka matang segera. Ini politik Malaysia era siapa? Ya...

Era ini YB, kenaifan simpan dahulu dalam poket dahulu, selagi ada pemimpin pihak Barisan Nasional yang berkuasa dan mengguna kuasa itu, usah fikirlah dahulu salah atau benar, itu bukan persoalannya, namun cita politik capai akhirnya.

Tak percaya? Renung alasan insiden arak kepala lembu di Shah Alam. Setaraf tidak alasan itu dengan yang diarak?

Pusing-pusingan alasan diberikan oleh pasukan keliling Mohd Najib Abdul Razak. Mereka itu mudah dikenali, "They are exhausting every possibility, and they shall find one that is probably possible".

Pasukan ini saya sebut sebagai The Grand Design, dengan misi rebut atau rampas, Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Pemimpin Pakatan Rakyat boleh pantas jerit, "No Way!!!".

Pada saya, katalah yang sama, sebelum dan setelah Perak Dirampas.

Ramai tidak menyedari siapa dan di mana dalam struktur kuasa di Perak yang boleh memanfaatkan sesuatu rencana.

Molek Abdul Khalid Ibrahim, dan lain-lain pemimpin peneraju negeri, kaji dan fahami apa yang berlaku kepada Muhammad Nizar Jamaluddin.






Pun begitu, adakah pemimpin Pakatan Rakyat di negeri masing-masing nak tunggu terjadi baru menyusun tindakan. Perhatikan betapa letihnya Muhammad Nizar Jamaluddin nak masuk dewan persidangan DUN.

Lagi, pun begitu, apa yang diinginkan berlaku belum berlaku, dan yang hajat diinginkan terjadi belum terjadi, kerana Mohd Najib Abdul Razak bukan sahaja kekurangan sokongan 1Malaysia, dia juga kekurangan sokongan 1 UMNO dan 1Barisan Nasional.

Walaupun ada kalangan para Menteri dan beberapa organisasi strategik kerajaan dalam kawalan Mohd Najib Abdul Razak, namun dia kehilangan tokoh dari kalangan Vateran UMNO kecuali beberapa yang bergerak dalam NGO. Mohd Najib Abdul Razak juga ketiadaan tokoh politik handal dalam Sayap Wanita. Begitu juga kelihatan berbelah bahagi kepercayaan sebenar dalam pemimpin, pasukan, dan Sayap Pemuda.

Menekan lebih lagi ialah kehebatan rancak pemimpin dan kepemimpinan dalam MCA dan MIC berebut kerusi tertinggi parti. Manakala apa yang boleh diharapkan dari Gerakan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional. Barangkali bila diarah jala mereka ada tali pancing lilit tin susu kosong sahaja.

Semua ini, setakat kini membantutkan pencapaian manis nak dikecapi Mohd Najib Abdul Razak.

Dia masih bergelut.

Ketika masih ada satu lagi kemungkinan...

















Ini the weakest point dalam kekuatan politik Mohd Najib Abdul Razak.

Sedangkan pemimpin puluhan tahun berpolitik dalam Pakatan Rakyat, mereka tahu apa yang disebutkan di sini, dan pada saya, enjut kembali gerak bulatan padu tuju Putrajaya!

Jom! Kita tawan Putrajaya!!!

Siapkan Piagam Pakatan Rakyat dahulu.

Kemudian informasi akan dikongsi dengan semua, cara bagaimana ini boleh dilakukan sebaiknya, sehingga Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang akan restui ini kerana menepati dilaku langsungkan bertepatan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Demi itu, dua manfaat molek dicapai:

Pertama: Mohd Najib Abdul Razak yang bergelut akan bertambah keliru dan sumbang pula jurus dan langkahnya.

Kekuatan pasukannya akan terbelah dua dari aspek tumpu dan laksana.

Anwar Ibrahim boleh menerajui keyakinan bertambah bahawa usaha pemimpin yang dihilangkan di Selangor dapat dihalang, lompatan bersebab lain-lain pemimpin tidak menjadi kerana yakin setia mereka di negeri lain dikuasai Pakatan Rakyat.

InsyaAllah bersambung...

0 comments: