Itu Lah. Jikalau ketagih dadah, lama dah mereka ini penghuni di pusat sana.
Mujur sudu mereka tak telan sama.
Tengok! Makan gula berlebihan dah jadi tinggi di Asia Tenggara. Orang Asia kurang makan gula, rendah-rendah belaka. Kita, tinggi..!
Wanita makan gula lebih pada lelaki. Sebab itu ramai obesiti. Kalau lelaki mesti Lah disebut, abeawang.
Betul! Betul! Selain obesiti, ada lagi...gula sekiranya diambil secara berlebihan akan menyebabkan seseorang mudah terdedah dengan penyakit batu karang, kanser, kerosakan gigi dan kencing manis.
Sebelum Tahun Baru mereka tak nak naikkan, kena tunggu selepas Tahun Baru pulak. Kalau serius sangat dah, harga pasaran pun tinggi, naikkan Lah semasa pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.
Harap-harap kali ini harga gula terus dinaikkan sampai RM 18.10 sekilo!
...
Pegawai Hospital Khas 1: Pak Chik, buat apa itu?
Pak Chik: O Encik rupanya. Ini saya baca akhbar OnLine.
Pegawai Hospital Khas 1: Cukup ya. Pagi ini Pak Chik siap-siap, Doktor nak buat pembedahan otak, ya.
Pak Chik: Hairan, yang otak tak center saya, kenapa pula Doktor nak bedah otak Encik?
Pegawai Hospital Khas 1: Ooo Doktor dah bedah otak saya 1,800 kali. Pagi ini, giliran Pak Chik pulak. Doktor akan bedah otak Pak Cik. Faham???
Kini suara menteri kabinet sudah tidak menyengat. Ramai yang sekadar mampu menjadi bahan ketawa sahaja. Ada yang tidak pedulipun apa mereka cakap. Tiada wibawanya lagi.
PUTRAJAYA 19 Dis. - Kerajaan menjangkakan harga beberapa jenis barangan keperluan utama mengalami penurunan mulai tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.
Sebenarnya para Menteri kita di Malaysia memang hebat. Mereka faham keadaan yang sebenarnya. Yang tak faham ialah Rakyat Malaysia.
Mari kita dengar penjelasan Menteri yang tepat dan bijak. Selepas ini tidak perlu sesiapa bising lagi. Sengsara dan derita sahaja Lah. Terima Lah hakikat ini.
Begini
...
Wartawan: Kenapa harga minyak global sudah turun paling rendah, tetapi di Malaysia harganya masih tinggi.
Menteri: Dulu, harga minyak di Malaysia mengikut harga pasaran dunia. Sebenarnya sekarang dunia hendak Lah mengikut harga pasaran Malaysia. Jika dunia tidak mahu mengikut harga di Malaysia, apa yang boleh kita buat.
Wartawan 2: Okay, tetapi sekarang ini, dengan harga minyak yang masih tinggi, Rakyat Malaysia masih terbeban.
Menteri: Rakyat Malaysia tidak boleh sangat bergantung kepada Kerajaan. Usaha Lah sendiri. Ubah Lah gaya hidup. Kami sendiri sanggup berkorban potong elaun keraian sampai 10 peratus. Kenapa Rakyat Malaysia tidak boleh mencontohi kami, kepemimpinan melalui teladan. Beban itu biasa Lah. Usah Lah harap nak hidup senang lenang setiap masa. Bila susah terima Lah hakikat. Belajar Lah adjust.
Wartawan 3: Tapi sekarang harga barang masih tinggi. Tak turun sedikit pun.
Menteri: Rakyat Malaysia perlu faham. Ada barangan, harganya kerajaan kawal. Berterima kasih Lah yang ini kita tidak biarkan naik. Tapi, kalau nak turunkan yang ini, kami perlu mengambil masa yang panjang untuk mengkajinya. Bukan sebulan dua, sekurang-kurangnya 2 tahun ke 4 tahun kajiannya.
Wartawan 3: Tapi...
Menteri: Nanti saya belum habis lagi. Ada pula barangan, harganya bukan kawalan kerajaan. Harga ini ditentukan oleh peniaga. Jadi sebagai pengguna yang bijak, barang yang mahal tak usah Lah beli. Hidup Lah ala kadar sahaja.
Wartawan 4: Jadi bila dan berapa penurunan harga petrol dan diesel di Malaysia?
Menteri: Mungkin petang Jumaat depan, atau awal bulan depan, atau tahun depan, kita akan turunkan juga harga bahan ini. Kerajaan boleh turunkan petrol dan diesel sehingga RM 1.00 seliter, tetapi nanti apa pulak kata negara lain di dunia. Harga di negara kita mestilah kekal standard ketinggiannya. Itu sebab kita turunkan sposen, sposen campur 5 sen, dan kemungkinan lagi sposen campur lima. Ini adalah supaya kita dapat menyelamatkan pengusaha stesen minyak daripada kerugian. Rakyat Malaysia perlu terima hakikat ini.
Wartawan 5: Dulu kerajaan berjanji akan kembalikan harga RM 1.92 untuk petrol jika harga minyak di pasaran global di bawah $ US 72. Hari ini harga minyak di pasaran ialah $ US 65 setong !
Menteri: Itu benar, kerajaan masih berpegang kepada janji ini. Tetapi adakah Rakyat Malaysia berpegang kepada janji? Masalah nak kembalikan kepada harga asal, buat masa sekarang tidak boleh, kerana kerajaan menggunakan formula 5 sen, sponsen, sposen campur 5 sen. Harga asal ialah RM 1.92. Jadi tidak ngam dengan formula. Masalahnya terletak kepada 2 sen itu. Jika kita nak jugak kembali kepada harga asal, maka kita perlu bulatkan kepada RM 1.90 sen. Tetapi, apa akan terjadi kepada 2 sen yang merupakan asas kepada harga asal itu?
Wartawan 17: Ada yang mengatakan Menteri Lidah Bercabang!
Menteri: Terima kasih. Sebenarnya yang bercabang bukan lidah Menteri. Lihat nii, "yuewer", ada cabang ke? Tak ada kan?? Sebenarnya yang bercabang ialah fundamental market forces. Dulu Malaysia ikut harga minyak pasaran global. Sekarang minyak pasaran global hendak Lah ikut harga bahan ini di Malaysia. Itu Lah 2 cabangnya.
Wartawan 10: Jadi konfirm kah harga bahan ini turun pada 30 Oktober atau 1 November 2008 ini.
Menteri: Kita tidak boleh main konfirm begitu sahaja. Bagi Lah sedikit masa kepada kementerian berkenaan untuk memutuskan bila penurunan bahan ini. Lagi pun, kerajaan perlu pulak merujuk kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh PM kita. Selepas di rujuk, maka keputusan ini perlu Lah diserah pulak kepada PM untuk keputusan muktamad. Selepas muktamad, kita perlu bincang pula dengan Kabinet Jemaah Menteri yang dikerusikan oleh PM, dan biasanya kabinet pula akan merujuk kembali kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh PM kita untuk menyatakan keputusan sudah muktamad. Majlis Ekonomi akan bermesyuarat, kemudian baru Lah diserahkan keputusan paling muktamad kepada PM kita. Semua ini memakan masa.
Senyap...
Menteri: Ada soalan lagi? Soalan please. Silakan, tak ada soalan lagi?
Setiausaha: Mereka semua dah pengsan Bos!
Menteri: Bagus! Jom kita...banyak hal lain yang lebih penting daripada asyik-asyik tanya kita kena explain pasal harga minyak turun. Jom! Eh, awak pergi check, saya punya kuota pencalonan dah lepas ke belum?
Semasa Datuk Sharil Samad dilantik menggantikan Datuk Shafie Afdal sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ( KDHEP) saya menaruh sekelumit harapan beliau akan membela dan menjaga nasib pengguna di negara ini.
Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos, 24 Sept dan kali terakhir 15 Okt. Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.
Susah nak percaya cakap pemimpin sejak PRU 12. Bila pemimpin tertinggi tiada kredibiliti, kesannya kepada kabinet menjadi lemah, dan jika posisi nego nya merayu, para peniaga tidak akan turunkan harga barang.
Pada masa ini, siapa menteri nak umum apa pun umum Lah. Diharapkan bila ada Rombakan Kabinet kelak, adakan Lah 2 jawatan Menteri berkaitan ini. Menteri I, Abdullah Ahmad Badawi pegang Lah portfolio ini. Menteri sekarang, jadikanlah Menteri II, sahaja. Ikut contoh Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, Oct 15 - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today that the traders should voluntarily lower the prices of goods in line with the drop in the fuel retail prices without waiting for the government to act.
...
Satu daripada kelembikan dalam kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi ialah cara bagaimana harga minyak ini diturunkan. Yakni, bahan jenaka di kalangan beberapa blogger dan forumer - sposen, sposen campur lima, dan sposen campur lima. Masih ada baki, berbanding harga minyak petrol dan diesel sebelum PRU 12. Menjelang PRU 13, jika ada keperluan politik, turunlah gamaknya sposen ke lagi?
Jelas bahawa Abdullah Ahmad Badawi sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik, jika ada kebaikan dalam dirinya sehubungan dengan apa yang disebutnya social obligation. Atau obligasi sosyel.
Ahli politik dan pemimpin seperti Abdullah Ahmad Badawi bolehlah bermain-main dengan angka, dan mempermain-mainkan Rakyat dan Penduduk di Malaysia.
Namun, ahli perniagaan jauh berbeza, dalam memanfaatkan garis bawah, yakni keuntungan. Lantaran ahli perniagaan tidak boleh bermain dengan angka seperti Abdullah Ahmad Badawi. Jika mereka ikut cara Abdullah Ahmad Badawi, maka jumlah perniagaan yang gulung tikar akan meningkat secara mendadak pula. Banyak syarikat perniagaan lagi yang lingkup!
Adakah kita sebagai Rakyat Malaysia menaruh harap kepada Perdana Menteri Malaysia dan para Menteri Kabinet nya?
Entah Lah...
Mari kita dengar dengan teliti...Kejutan Terkejut Yang Mengejutkan sebagaimana yang Shahrir Abdul Samad janjikan. Silakan...
"Namun, ahli perniagaan jauh berbeza, dalam memanfaatkan garis bawah, yakni keuntungan. Lantaran ahli perniagaan tidak boleh bermain dengan angka seperti Abdullah Ahmad Badawi. Jika mereka ikut cara Abdullah Ahmad Badawi, maka jumlah perniagaan yang gulung tikar akan meningkat secara mendadak pula. Banyak syarikat perniagaan lagi yang nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnlingkup!"
Pee Yem Baru: Ini mesyuarat Kabinet yang pertama saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Yes! Yang Ke-6.
Terima kasih semua. Kerusi ini empok dan enak. Syiok sungguh rasanya.
Cuma saya rasa sedikit terkilan, tiada seorang pun Mintri yang cium, kucup, jilat tangan saya waktu kita bersalaman tadi. Lain kali harap ingat tradisi ini ya. Tradisi kita patut teruskan.
Jadi apa yang patut kita mesyuaratkan hari ini?
Setiausaha: Tak ada agenda Bos...
Pee Yem Baru: Habis tu, tak ada agenda, macam mana nak mesyuarat?
Setiausaha: Mintri semua ada surprise untuk you Bos...
Pee Yem Baru: Saya tak suka surprises. Saya suka tradisi. Saya mahu semua licin saja. Letak nikmat atas pinggan perak, err pinggan emas, khas untuk saya. Itu Lah yang saya idamkan sejak mula sertai politik dahulu...
Setiausaha: Tapi ini surprise lain dari yang lain Bos...
Pee Yem Baru: Surprise kemudian ya. Ini saya nak sentuh pasal harga minyak nii. Dia kata, *hari ini membentuk kerajaan esok harga petrol dan diesel turun*. Ini merbahaya kepada kareer politik saya nii. Jadi saya nak respons apa?
Mintri 4: Yappa Lah syussah syangat, Bos kata Lah sipirti saya syelalu ada cyakap, saya mencadangkan kata-kata yini, "hari yini syaya jadi Pee Yem kalo, syemalam jugak yarga petrol dan diesel yada turun".
Mintri 5: Saya tak setuju harga minyak turun. Sepatutnya harga petrol dan diesel musti dinaikkan lagi.
Mintri 6: Betul Bos! Kita naikkan balik harga petrol dan diesel secara serta merta dan tak usah turun-turun selamanya.
Mintri 12: Betul itu, penat kita bermesyuarat Bos, naik sposen sposen, turun sposen sposen. Apa yang perlu kita buat sekarang ialah kita naikkan ke harga RM 18 seliter ke, kemudian tak usah turun-turunkan lagi selama-lamanya.
Mintri 8: Syaya pun ata setuchu, chikalau alga itu minyak petlol tan tiesel dinaikkan tingki, maka lakyat akan chimak, tak mempazir sangat. Lakyat poleh pelaja short-cut, ikut nganlan tekat, pukan ngnlan ngjauh.
Pee Yem Baru: Tak bahaya ke keputusan begitu? Nii PRU 13 dah semakin dekat. Mujur, the Old Man bersara awal. Jika tidak jenuh kita...
Mintri 13: Don't worry Bos, semua line clear. Rakyat Malaysia ini, para pengundinya tak reti pangkah parti apa pun, melainkan parti gabungan kita. PRU 13, gerenti menang punya Lah, Bos...
Mintri 9: Majoriti tipis pun tak apa Bos, kita masih memerentah, kita masih berkuasa.
Mintri 7: Dari pendapatan melalui ketinggian harga minyak petrol dan diesel yang kita perolehi, kita manfaatkan untuk teknologi terkini. Yakni, bio-shitty-diversification-and-turning waste-into-fuel.
Pee Yem Baru: Apa yang awak cakap ni?
Mintri 7: Saya ada kontek dengan Husin Lempoyang, Saudagar Unta, Hasbullah Pit, Saudagar Beras, dan Zubli Zainordin Saudagar Minyak. Mereka ada teknologi mencampurkan tahi unta, sama air basuhan beras, dan minyak hitam buangan, dicampur satu chemical, boleh menghasilkan bahan bakar untuk semua jenis kenderaan, Bos.
Pee Yem Baru: Wow! Hebat sungguh ya. Jadi, keputusan kita ialah menaikkan semula harga petrol dan diesel setinggi-tingginya, dan tidak diturunkan walau sposen pun, selama-lamanya? Setuju??
Mintri 3: Ton't wolli Lah Bos, ini harga minyak petlol sama tiesel, haiyah..! kicik punyia hat. Mali kita enjoy maa...
Setiausaha: Okay! Bawak surprise masuk sekarang..!
Pee Yem Baru: Hai! Ini mesyuarat apa pulak, para isteri kita masing-masing pun semua hadir sama nii?
Setiausaha: Itu surprise best! Tapi berikut surpise lagi best!!
Pee Yem Baru: Eh! Muzik apa pulak nii? Eh apa nii. Siapa nii?